Header Ads

Jumpa Kopi Dan Teh,Cicak Pun Lari!!

Jumpa Kopi Dan Teh,Cicak Pun Lari!!
CICAK adalah sejenis haiwan reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang licin dan tegak seperti cermin.

Haiwan ini biasanya gemar bertenggek pada siling kediaman, kemudian ia berak menyebabkan najisnya bersepah pada lantai kediaman.

Ramai yang mengeluh dengan najis cicak ini. Jangan risau, serbuk kopi dan tembakau mampu menyelesaikan masalah najis cicak ini.

Bagaimanakah caranya?

Mudah sahaja, masukkan serbuk kopi dan tembakau dalam bekas, gaul hingga sebati.

Ambil pencungkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di atasnya. Celup peralatan itu ke dalam adunan berkenaan.

Letak pencungkil gigi atau batang mancis di kawasan yang menjadi kegemaran cicak seperti di belakang almari dan juga dinding dapur.
Bau campuran itu tidak disukai cicak, ia akan lari. Jika memakan serbuk ini, ia akan mati.
Selamat mencuba!

sumber:sinar

No comments