Ingatkan Oversea Rupanya Di Tanah Tinggi Pahang Je!!

Untuk merasai pengalaman percutian berada di negara beriklim dingin seperti di luar negara pastinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk ke sana.
Malaysia umumnya mengetahui mengalami cuaca beriklim khatulistiwa, namun itu tidak menjadi alasan untuk anda berpeluang merasai percutian bersuhu sejuk yang mendamaikan.
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar, jom ke destinasi peranginan tanah tinggi yang bertempat di Pahang.
Genting Highland cukup dikenali tidak kira buat penduduk tempatan atau pelancong asing. Lokasinya yang terletak di atas bukit dengan suhu sejuk yang nyaman, pasti memberikan keseronakan berganda untuk anda dan keluarga berhibur lebih-lebih lagi dengan kewujudan taman temannya.
Peluang Petik Strawberi
Terletak berhampiran dengan Genting Highland, terdapat sebuah taman strawberi di Gohtong Jaya. Pengunjung tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan buah strawberi yang segar dari ladang.
Dengan suhu yang dingin dan nyaman, percutian ke sini pasti tidak lengkap tanpa menikmati secawan minuman panas dan merasai produk-produk makanan berasaskan strawberi. Selain dapat melihat taman strawberi yang bersaiz sederhana, pengunjung juga boleh memetik sendiri buah yang hendak dibeli.
Cameron Highlands merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia. Terletak di Pahang, ia mendapat nama setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menjumpai kawasan ini pada tahun 1885. Cameron Highland berada pada ketinggian 1,829 meter dari aras laut dan suhunya sekitar 18 darjah Celsius hingga 25 darjah Celsius begitu kaya dengan khazanah hutan semulajadinya.
Terdapat dua kawasan utama yang menjadi tumpuan jika bercuti di Cameron Highland iaitu Tanah Rata dan Brinchang. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini.
Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan. Walau bagaimanapun anda disarankan membuat tempahan lebih awal sekiranya berhajat ke sini pada musim cuti umum atau cuti sekolah. Jangan lupa juga untuk ke Lavendar Garden!
Untuk merasai pengalaman percutian berada di negara beriklim dingin seperti di luar negara pastinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk ke sana.
Malaysia umumnya mengetahui mengalami cuaca beriklim khatulistiwa, namun itu tidak menjadi alasan untuk anda berpeluang merasai percutian bersuhu sejuk yang mendamaikan.
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar, jom ke destinasi peranginan tanah tinggi yang bertempat di Pahang.
Genting Highland, Pahang
Peluang Petik Strawberi

Dengan suhu yang dingin dan nyaman, percutian ke sini pasti tidak lengkap tanpa menikmati secawan minuman panas dan merasai produk-produk makanan berasaskan strawberi. Selain dapat melihat taman strawberi yang bersaiz sederhana, pengunjung juga boleh memetik sendiri buah yang hendak dibeli.
Cameron Highland, Pahang

Terdapat dua kawasan utama yang menjadi tumpuan jika bercuti di Cameron Highland iaitu Tanah Rata dan Brinchang. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini.
Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan. Walau bagaimanapun anda disarankan membuat tempahan lebih awal sekiranya berhajat ke sini pada musim cuti umum atau cuti sekolah. Jangan lupa juga untuk ke Lavendar Garden!

Bukit Tinggi, Pahang

Pengalaman Indah

Bukit Fraser, Pahang

sumber:LIBUR.
Post a Comment