Header Ads

Homestay Cantik Ala Rumah Melayu Lama Di Langkawi Yang Harus Anda Lawati

Homestay Cantik Ala Rumah Melayu Lama Di Langkawi Yang Harus Anda Lawati

TERATAK 1 MALAY FARMER ‘ HUT






                           
Teratak 1 – Malay Farmer’s Hut yang terletak berhampiran dengan Pantai Chenang. Mengambil masa kira-kira 5 minit untuk kesana jika menaiki kereta. Manakala ianya mengambil masa 15 minit untuk ke lapangan terbang.

Sudah semestinya homestay ini merupakan salah satu tempat yang begitu strategik dan memudahkan pengunjung ke sini. Selain itu juga, korang boleh menikmati pemandangan Gunung Mat Chinchang yang sangat cantik dan mendamaikan lebih-lebih lagi pada waktu pagi.

Di homestay ini telah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang pastinya memuaskan hati ramai pihak.

SUNSET VALLEY

                      
                      
Sunset Valley yang dikatakan berusia lebih daripada satu ratus lapan puluh tahun ini berkonsepkan ala tradisional yang mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk tetamu yang menginap di homestay ini. Homestay Sunset Valley yang berada di Langkawi ini dikelilingi dengan pemandangan sawah padi yang hijau yang pasti membuat anda teruja kerana seperti berada dikampung.

Homestay ini menyediakan kemudahan wifi,dapur,bilik tidur yang dilengkapi dengan katil, bilik mandi yang moden dan terdapat juga kolam renang.Homestay Sunset Valley ini terletak dilokasi yang sangat strategik kerana terletak kira-kira 15 minit dari lapangan terbang dan juga jeti ke Pulau Langkawi.Homestay ini juga menawarkan haga yang sangat berpatutan.

ALAMANDA MINANG VILLA

                            

                            
Alamanda Minang Villa ini merupakan salah satu homestay yang berkonsepkan rumah tradisional moden yang sangat cantik dan selesa.

Harga untuk semalaman pula ialah RM341,harga yang sangat bersesuaian dengan homestay ini.Homestay ini juga membuat hiasan atapnya hanya dengan menggunkan daun mengkuangdab berdinding batu. Homestay Alamanda Minang Villa ini mempunyai kawasan yang sangat luas dan pemandangan yang sangat cantik.

VILLA SERI KAMPUNG

                          
                            
Sebuah lagi homestay yang berkonsepkan seperti villa ini yang merupakan sebuah tempat penginapan yang sangat selesa dan ianya mementingkan ciri-ciri rumah kampung dan tradisional melayu.

Homestay Villa Seri Kampung ini terletak lebih kurang 10 minit dari Bandar Kuah dan 30 minit dari Lapangan Terbang. Di kawasan homestay ini dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau yang pasti akan memberi ketenangan bagi mereka yang berada di sini.

Homestay Villa Seri Kampung ini turut menyediakan kemudahan yang lengkap. Jika anda berada di sini dan sudah menempah homestay ini, pemilik homestay ini sendiri yang akan menjemput anda di lapangan terbang.

TRADITIONAL ISLAND HOUSE

Traditional Island House ini adalah sebuah homestay yang dimiliki oleh seorang wanita yang berasal dari England! Homestay ini telah mendapat pandangan yang sangat bagus dari pengunjung-pengunjung yang penah menginap di homestay ini.
Jika telah mendapat pandangan yang baik,sudah tentu homestay ini memberikan penginapan yang cukup baik untuk para pengunjung.Homestay traditional island house ini terletak berhampiran dengan Pantai Chenang yang merupakan pantai yang cukup terkenal di Pulau Langkawi

sumber:IMPIANA.

No comments