Ruang Tamu Di Hias Persis Hotel.Cantik Sangat

SAAT melangkah masuk ke kediaman milik pasangan suami isteri, Nurlailah Khadijah Awaluddin dan Amir Hamzah Mansor yang terletak di Dengkil, Selangor hati terus jadi tertawan dengan dekorasi elegan dan glamor pada ruang tamu rumah tersebut.
Mana tidaknya, hiasan dalaman ruang itu mempunyai nilai artistik tersendiri yang menggambarkan cita rasa pemiliknya yang gemarkan suasana eksklusif.
Nurlailah yang juga ibu kepada tiga cahaya mata memberitahu, inspirasi menghias ruang itu sebenarnya hasil daripada pemerhatian dekorasi hotel-hotel terkemuka yang sempat dikunjunginya ketika bercuti bersama keluarga.
Pemilihan langsir dari rona biru gelap yang disuai padankan dengan warna kelabu memberi karakter tersendiri pada ruang tamu.
"Alhamdulillah kesempatan kami sekeluarga menginap di beberapa hotel di dalam dan luar negara memberi idea untuk menghias kediaman saya.
"Setiap kali berkesempatan menginap di hotel mewah saya sering kagum dengan dekorasi pada bahagian lobi yang setiap satu daripadanya mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri.
"Dari situ saya ambil idea untuk diterapkan dalam hiasan dalaman rumah saya agar nampak seperti sebuah hotel yang mewah dan glamor," katanya.
Pemilihan aksesori berwarna emas yang sedondon dengan permaidani idea buat penggemar dekorasi.
Tambah Nurlailah, 32, dia sangat menitikberatkan hiasan dalaman di ruang tersebut kerana ia adalah tempat untuk mereka sekeluarga beristirehat selain melayan tetamu yang bertandang.
Bercakap lanjut mengenai dekorasi ruang tamunya, Nurlailah memberitahu dia memilih warna tanah iaitu kelabu pada dindingnya selain membuat Wainscoting atau panel kayu dinding bagi mendapatkan impak elegen dan mewah.
Warna pada dinding itu menjadi asas kepada Nurlailah dalam memilih warna perabot, selain aksesori tambahan bagi melengkapkan rekaan ruang tamunya.
Tambahan pokok hijau yang diletakkan dalam bakul anyaman mengkuang elemen kemelayuan pada dekorasi mewah.
Atas dasar itu juga, dia memilih kerusi malas dari rona sama selain menambah warna biru gelap pada langsir selain karpet berwarna coklat bagi melengkapkan gaya dimahukan.
"Dalam menghias rumah ini, kita perlu bijak memilih warna dinding dan itu akan menjadi rujukan dalam pemilihan perabot dalam kumpulan warna sama.
"Saya tidak lari daripada konsep itu namun membuat padanan mengikut kesesuaian dan mengehadkan penggunaan warna pada perabot agar ia tidak kelihatan carca marba.
Akuarium dengan bingkai emas adalah hasil rekaan pemilik.
"Malah sebenarnya perabot-perabot saya walaupun kelihatan mahal tetapi sebenarnya saya beli dengan harga berpatutan seperti di SSF atau pun Ikea," katanya.
Tambahnya lagi, bagi memberikan impak berbeza pada ruang itu, dia turut melengkapkan ruang tamu dengan akuarium yang dibina di dalam dinding - paling penting ia adalah usaha sendiri mereka suami-isteri.
"Awalnya mahu tempah tetapi harganya mencecah RM7,000 jadi kami ambil keputusan untuk buat sendiri dan ia hanya mengeluarkan kos RM2,000," katanya.
sumber:Mstar

Post a Comment