Highway Sesak Dari Pagi,Dr Noor Hisham Tanya Nak Pergi Mana
Highway Sesak Dari Pagi,Dr Noor Hisham Tanya Nak Pergi Mana
Sejak pagi tadi, tular dua keping gambar yang memaparkan jalan dipercayai berdekatan Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak sesak dengan kenderaan. Perkara tersebut telah mendapat perhatian warganet dan pelbagai respon yang dinyatakan.
Terbaru, menerusi laman Facebook rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut berkongsikan foto berkenaan bersama-sama tangkap layar dari Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia yang memaparkan status kesesakan di kedua-dua plaza tol berkenaan.
Dalam perkongsian itu, beliau turut bertanyakan ke manakah arah tujuan anda pada hujung minggu ini? Tambahnya, pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan merentas daerah dan negeri telah dikeluarkan.
Ikuti perkongsian penuh Dr Noor Hisham Abdullah seperti di bawah:
Ke manakah arah tujuan anda pada hujung minggu ini?
Pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan merentas daerah dan negeri telah dikeluarkan.
Membawa jangkitan wabak dari satu kawasan ke satu kawasan lain tidak akan membantu dalam usaha kita untuk membendung penularan jangkitan virus COVID-19.
Duduklah di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting.
Bantulah selamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh sekiranya peningkatan kes COVID-19 tidak terkawal.
Sekiranya kami rebah, anda dan ahli keluarga anda mungkin tidak akan menerima rawatan kesihatan yang sebaiknya. Jika lebih malang, tiada lagi katil untuk anda di hospital. Apatah lagi jika anda tenat dan kritikal tetapi katil ICU sudah penuh semuanya.
Petugas barisan hadapan sudah penat. Tapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda.
Post a Comment