Ketahui Kedudukan Kerusi Paling Tak Selesa Dalam Pesawat
Ketahui Kedudukan Kerusi Paling Tak Selesa Dalam Pesawat
PEMILIHAN tempat duduk ketika menaiki pesawat adalah penting untuk memastikan penerbangan yang lebih selesa.
Jadi, ada baiknya sebelum anda melakukan daftar masuk penerbangan, pilih dulu tempat duduk yang sesuai.
Tidak dapat dinafikan kebanyakan penerbangan mengenakan caj tertentu jika penumpang mahu menentukan sendiri tempat duduk pilihannya, tanpa mahu duduk sahaja di kerusi yang sudah ditetapkan.
Dalam hal ini, terpulanglah kepada penumpang untuk membuat pertimbangan dengan berpuas hati saja dengan kerusi yang ditetapkan, atau membayar sedikit untuk kerusi pilihan. Tapi, anda juga boleh mencuba nasib meminta staf di kaunter membuat penukaran kerusi semasa check in tanpa dikenakan bayaran.
”Lokasi kerusi paling buruk secara umumnya adalah di barisan paling belakang pesawat," kata pakar kandungan di SeatGuru, David Duff.
Duff berkata kerusi di barisan paling belakang biasanya memiliki jarak untuk bersandar yang lebih terhad berbanding kerusi di barisan lain.
Buatlah persediaan rapi sebelum menaiki pesawat, termasuklah memilih lokasi kerusi yang selesa.
Itu belum lagi diambil kira gangguan suara penumpang yang menggunakan tandas atau bau tandas itu sendiri serta bunyi bising kru kabin menyiapkan makanan dan bersembang sesama mereka.
“Kebanyakan kerusi di barisan paling belakang dari pesawat tidak ada tingkap dan paling parah, turbulence (gelora udara) lebih terasa," jelas Duff.
Selain tempat duduk barisan paling belakang, kerusi bahagian tengah juga tidak diminati kerana diapit oleh dua penumpang lain.
Selain itu, terdapat juga kerusi yang terletak di bahagian sebelah tingkap evakuasi. Mungkin ramai tak tahu ia biasanya tidak dapat disandar ke belakang, walaupun mempunyai kelebihan dari segi ruang kaki yang lebih lebar.
“Banyak keluhan yang diterima daripada pembaca SeatGuru, bahawa tempat duduk di sebelah tingkap evakuasi lebih sejuk daripada kerusi lain. Untuk mengatasinya, bawalah barang tambahan seperti pashmina atau selimut," saran Duff.
Kerusi terakhir adalah kerusi di bahagian pemisah atau penghadang yang berada di belakang dinding yang memisahkan kelas ekonomi dan kelas ekonomi premium, atau pemisah penumpang dan tandas.
Kerusi ini popular kerana ia memiliki ruang kaki yang luas dan tidak akan terkena gangguan daripada penumpang depan kerana tidak mempunyai sekatan.
Namun tempat duduk ini sering menjadi pilihan penumpang yang membawa bayi atau kanak-kanak.
Jadi jika anda terbang seorang atau berdua dengan si dia tersayang, berfikirlah panjang sedikit sebelum memilih untuk duduk di bahagian ini.
sumber-tribunnews
Post a Comment