Doktor Dedah Rahsia Telur Kurangkan Berat Badan
Doktor Dedah Rahsia Telur Kurangkan Berat Badan
Telur kaya dengan vitamin D dalam meningkatkan metabolisme badan.
ANDA mungkin pernah diberitahu telur adalah tidak elok untuk kesihatan kerana ia mengandungi kalori tinggi yang boleh menyebabkan peny4kit seperti d4rah tinggi atau jantung.
Sebenarnya anda tidak perlu bimbang kerana telur adalah sumber protien paling baik terutamanya kepada yang ingin mengurangkan berat badan.
Malah telur mempunyai pelbagai khasiat yang ramai tidak tahu termasuk ia kaya dengan vitamin D dan rendah kalori.
Jom baca beberapa fakta menarik tentang kebaikan telur dalam diet.
1. Kuning telur tingkatkan metabolisma
Ada daripada kita yang tidak gemar makan kuning telur tetapi sebenarnya ia adalah bahagian paling banyak nutrisi yang meningkatkan metabolisme, fungsi saraf dan perkembangan otak kata pakar pemakanan Allison Knott.
Katanya satu telur mampu membekalkan kira-kira 145 miligram choline dan idea untuk memasukkan telur dalam sebahagian diet anda adalah paling tepat.
2. Kuning telur ada vitamin D
Kuning telur adalah sumber vitamin D yang memainkan peranan dalam menguatkan tulang dan imunisasi kepada manusia yang tidak banyak ada dalam makanan lain.
Dalam satu kajian dibuat pada 2018 juga menunjukkan kuning telur juga mampu mengurangkan masalah lemak di bahagian perut.
Telur tiada kandungan gula jadi untuk yang ingin berdiet apa kata masukkan telur dalam menu diet anda!
3. Telur makanan rendah kalori
Untuk individu yang sedang berdiet, telur sebenarnya boleh memainkan peranan kerana ia hanya mempunyai 72 kalori.
Dalam mengamalkan diet, protien dan vital vitamin sangat penting dan telur adalah sumber penting yang mempunyai 6 gram protien selain lemak yang diperlukan badan ketika berdiet.
4. Telur tiada kandungan gula
Kebiasaannya seseorang yang berdiet gemar mengambil makanan ‘sihat’ seperti yogurt, bijian, roti yang sebenarnya masih mengandungi gula.
Tetapi berlainan dengan telur yang tiada kandungan gula – jadi untuk yang ingin berdiet apa kata ganti telur dalam menu sarapan anda (atau sepanjang hari).
Kuning telur paling banyak khasiat selain rendah kalori dan kaya dengan vitamin D.
5. Telur stabilkan kandungan gula dalam badan
Berita baik untuk mereka yang menghidap peny4kit diabetes jenis 2! Pengambilan telur dalam menu mampu menstabilkan kandungan gula dalam d4rah.
Kajian menunjukkan pengambilan telur mampu mengurangkan rasa mengidam terhadap makanan walaupun selepas makan.
6. Pengambilan telur sebelum bersenam beri tenaga
Pasti anda ada rakan-rakan yang kaki gym suka makan telur sebelum mereka bersenam bukan? Sebenarnya ia sangat membantu dalam memberi tenaga.
Ia juga dapat membantu dalam membina dan memperbaiki otot ketika bersenam.
Sumber: riverbed
Post a Comment