Lelaki Ini Kongsi Cara Makan Roti Canai Bersih Dan Selamat Di Kedai
Lelaki Ini Kongsi Cara Makan Roti Canai Bersih Dan Selamat Di Kedai
Setuju kan, roti canai tu dah macam sarapan ruji rakyat Malaysia, selain nasi lemak dan kuih muih. Kadang itu tak cukup satu, ditambah lagi dua pinggan.
Sebab sedap punya pasal.
Suka atau tidak, sebelum nak nikmati roti canai itu, ada perkara yang mak ayah kena perhatikan betul-betul. Terutama bab kebersihan dalam proses pembuatan roti canai.
Kata, Penceramah bebas halal yang juga Mantan Eksekutif Halal, Ahmad Aminurrashid Abd Aziz (Murabbii Amin) ada tiga perkara berkaitan kebersihan yang perlu diambil kira.
“Amin, aku suka makan roti canai telur,” kata rahman kepadaku.
“Wah, aku pun suka. Tapi kenapa Rahman?”
“Jika telur itu tidak basuh, bagaimana ya?” Balas Rahman.
“Apa! Hahaha..”
Baiklah, hilangkan kegusaran hati itu mak ayah, hadamkan perkongsian tip-tip nak makan roti canai di kedai ini ya.
Praktik 3 Tip Ini Sebelum Makan Roti Canai Di Kedai
Pertama : Perhatikan Kebersihan Telur
“Peringatan” – Jangan tanya peniaga, telur dah basuh belum. Haha.. Nanti dia jawab lain.
Kebanyakkan telur yang tidak dibasuh kadangkala diletakkan di dalam bekas plastik untuk mengaburi kita. Bagi yang suka periksa, jelas ada calitan najis ayam pada kulit telur tersebut. Cara ini amat bagus, tetapi jangan la sampai bergaduh-gaduh. Tidak wajib pun kita usul, tuntutan sekadar biasa sahaja.
Baik.
Apa yang bahaya pada kulit telur yang kotor dan masih diselaputi najis ayam bukan saja membuatkan makanan menjadi tidak bersih, tetapi juga mengundang penyakit keracunan Salmonella dan boleh membawa kematian.
Ia, boleh membawa kematian akibat keracunan makanan.
Apabila telur ayam yang tidak dibasuh semasa pembuatan roti canai tersebut sekali gus turut mengotorkan tangan pengendalinya. Maka, pencemaran silang berlaku.
Tetapi peliknya, di situlah ramai pembeli yang beratur!
Manakala jika ia dah dibasuh, kebiasaannya peniaga akan meletakkan telur itu di dalam bekas plastik dan bukan dalam sarang telur.
“Ingat tengok di mana telur diletakkan.”
Kedua : Bagaimana Doh Diuli
Kebiasaanya untuk menghasilkan 200 ke 300 keping roti memerlukan doh dimuatkan sebesar besen untuk diuli.
Bayangkan, jika tiada mesin. Bagaimana cara doh itu diuli. Maka pelbagai cara dibuat. Mula-mula dengan tangan, selepas itu dengan siku. Dah lenguh semua, maka naik la poco-poco di atas doh itu. Ke kanan ah..ke kiri ahh..ke depan ahhh.. begitulah sehingga lembutnya doh itu.
Bab kata orang tua, sedapnya masakan disebabkan oleh air tangan pemasaknya.
Eeeee….
( Nota: Banyak kedai yang buat dengan kaedah yang betul, kene pandai pilih. )
Ketiga : Keadaan Penebar Roti Canai
Yang ini paling menarik.
Pernah dengar cerita roti canai paling sedap!
Sejarah menceritakan, ada satu kedai roti canai sangat popular (tempat dirahsiakan). Memang ramai orang yang pergi makan. Kira kalau makan sampai menjilat jari la. Sedap sangat.
Sejarah menceritakan, ada satu kedai roti canai sangat popular (tempat dirahsiakan). Memang ramai orang yang pergi makan. Kira kalau makan sampai menjilat jari la. Sedap sangat.
Bagi sesetengah yang lain merasa memang pelik. Apa yang sedap sangat kedai itu.(Dipendekkan cerita). Akhirnya terbongkar la rahsia sebenarnya. Penebar roti itu memakai CINCIN BESAR pada jari kiri dia. Di situlah melekat “secret recipe” kesedapan roti itu.
Pergi tandas pun pakai, tebar roti pun pakai.
Pergi tandas pun pakai, tebar roti pun pakai.
Gelikan!
Akhirnya, roti itu enak dimakan begitu sahaja, tanpa perlu kuah. Rasa masam.. pedas.. dan macam macam lagi. Haha.
Selain itu, tengok juga pada tangan penebar roti itu. Jika sebelah ada bulu dan sebelah lagi tiada bulu.. Mana hilangnya bulu tangan dia?
Jawapannya ialah, hilang semasa menguli doh tadi.
Haha..
Sebagai Pengguna, Kenalah Sentiasa Waspada
Kesimpulannya,
Tidak semua kedai seperti dalam penerangan. Ini hanyalah contoh-contoh. Tujuan saya kongsi adalah sebagai panduan untuk kita lebih berhati-hati.
Bagi peniaga pula, teruskan mengamalkan amal kebersihan yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Hati-hatilah, apa-apa produk berasaskan telur seperti murtabak, kuih-kuih dan kuey teow.
Tidak semua kedai seperti dalam penerangan. Ini hanyalah contoh-contoh. Tujuan saya kongsi adalah sebagai panduan untuk kita lebih berhati-hati.
Bagi peniaga pula, teruskan mengamalkan amal kebersihan yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Hati-hatilah, apa-apa produk berasaskan telur seperti murtabak, kuih-kuih dan kuey teow.
“Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu.” (HR. Tirmizi)
Sumber/Foto : Ahmad Aminurrashid Abd Aziz
Post a Comment