Jom Bersolek Macam Tunku Tun Aminah...Cantik!!
Jom Bersolek Macam Tunku Tun Aminah...Cantik!!
Sumber: Pinterest
Sumber: Glam.my
Foto -NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Sekitar dua tahun lalu, `penulis sendiri pernah menemu bual Tunku Tun Aminah tentang rahsia kecantikan beliau. Kalau kamu nak tahu, dalam kebanyakan masa, Tunku Tun akan menyolek dirinya sendiri tau. Hebat tak?
Biarpun status yang dipegangnya itu bersifat agung, Tunku Tun tak pernah sekalipun menggunakan ia sebagai alasan untuk hidup mewah senantiasa.
Tak semestinya seorang puteri perlu menggunakan khidmat profesional sepanjang masa seperti yang kita selalu bayangkan.
Selain menjadi seorang yang merendah diri, ini lima (5) perkara asas yang kamu perlu praktikan bagi mendapat hasil solekan persis si Puteri Johor.
#1 Anggap Kulit Sebagai Kanvas
Beli mekap mahal-mahal tapi kulit kamu berparut dan tidak terjaga? Itu merugikan diri namanya. Menurut Tunku Tun sendiri atau lebih senang dipanggil Ku Na… penjagaan kulit adalah yang paling utama kalau mahu diri kelihatan cantik senantiasa.
Untuk menjaga kulit menurut Ku Na, beliau tidak mengamalkan sebarang petua pun tetapi akan kerap mencuci muka -sebanyak tiga kali sehari menggunakan rangkaian produk kecantikan tertentu termasuklah produk dari jenama Aesop.
#2 Maskara Wajib Di Alis!
Dalam sebuah temu bual bersama Ku Na, beliau menjelaskan betapa maskara adalah sahabat baiknya apabila menyentuh soal solekan. Sebagai seorang yang ringkas, menurut Ku Na, beliau hanya akan menyapu beberapa lapisan maskara namun tidak berapa gemar memakai pembayang mata.
#3 Hanya Gincu Merah Atau Blush
Jarang sekali melihat Ku Na memakai gincu rona merah jambu terang atau gincu yang berwarna gelap seperti merah hati, sebaliknya… untuk mengekalkan riak keremajaan agar sentiasa nampak muda meskipun usianya semakin bertambah, Ku Na lebih gemar mengenakan gincu rona merah saat menghadiri acara-acara formal manakala gincu rona blush yang warnanya seakan-akan nude untuk memenuhi acara santai.
#4 Tak Perlu “Conturing”
Boleh kata Ku Na ini memiliki bentuk pipi yang penuh. Meskipun begitu, jarang sekali terlihat beliau keluar dengan rahang yang siap dikontur seperti kebanyakan wanita lain yang seboleh-bolehnya mahu menampakkan bentuk wajah tirus.
Pokoknya, kalau mahu meniru gaya Ku Na, ada baiknya kamu kurangkan permainan warna pada bahagian pipi. Tak perlu pemerah pipi tebal dan lupakan rutin conturing untuk menyerlahkan bentuk wajah asli kamu.
#5 Fokuskan Pada Kening
Mungkin kerana itu beliau kelihatan seksi senantiasa meskipun gaya solekannya biasa-biasa. Ku Na banyak menarik perhatian sesiapa yang memandang pada bahagian keningnya. Kalau kamu perasan, setiap kali keluar, Ku Na akan memastikan bahawa keningnya dilukis rapi bahkan warna pensil kening yang dipilih juga adalah merasaskan rona paling gelap agar padan dengan warna rambutnya.
Mudah je nak ikut cara Ku Na bersolek kan? Yang penting, gaya solekan beliau memang ringkas dan tak perlu guna bayak produk pun! Hmm memang jatuh hati betul dengan keperibadian diri Tunku Tun Aminah ni kan?
Selamat beramal
Post a Comment