Hotel Dedah Permintaan Tetamu Paling Tak Masuk Akal
Hotel Dedah Permintaan Tetamu Paling Tak Masuk Akal
SETIAP tetamu hotel pasti menjangkakan hari-hari mereka menjadi lebih mudah apabila hampir semua urusan boleh dibuat dengan bantuan kakitangan.
Memang benar, tetapi sesetengah penyewa mengharapkan sesuatu yang lebih dari apa yang sepatutnya dengan membuat permintaan tidak masuk akal.
Bagi kakitangan hotel, semestinya mereka sedia maklum bahawa setiap tetamu berbeza dari segi sikap dan permintaan.
Bagaimanapun, mereka seolah-olah tidak percaya apabila sesetengah pelanggan membuat permintaan yang amat pelik.
Kaji selidik terbaharu mendedahkan beberapa perkara aneh yang dituntut para tetamu hotel.
Rantaian hotel bajet, Travelodge, mendedahkan permintaan paling pelik yang pernah dibuat sesetengah daripada 19 juta pelanggannya ketika menginap di salah sebuah dari 553 buah hotel di UK sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu.
Tidak dinafikan sesetengah tetamu membuat permintaan menarik tentang bilik yang mereka inginkan, tetapi permintaan itu kebanyakannya bukan untuk diri mereka sendiri.
image:
Seseorang pelanggan bertanya: "Bolehkah anda penuhkan bilik saya dengan 100 biji belon berbentuk hati warna merah jambu untuk hari jadi ke-100 nenek saya dengan perkataan 'Happy Birthday Grandma Gladys.'
Seorang lagi tetamu berkata: "Boleh tak anda penuhkan tab mandi bilik saya dengan dengan skop ais krim pelbagai perasa untuk ulang tahun ke-40 isteri saya?"
Sesetengah permintaan yang dibuat juga mempunyai kaitan dengan haiwan.
Sebagai contoh, seorang tetamu bertanya: "Bolehkah anda sediakan tempat tidur untuk dua anak kucing Bengal saya, Simba dan Nala?"
Ada juga yang membuat pertanyaan lebih mengarut: "Bolehkah anda aturkan pertunjukan ikan lumba-lumba di laut pukul 9 malam ini dan pada masa yang sama saya akan melamar teman wanita saya?"
Seorang tetamu pula menunjukkan kecintaannya terhadap objek.
Dia bertanya: "Bolehkah anda tutup Ferrari saya dengan selimut malam ini kerana 'dia' tak suka sejuk?"
Para tetamu juga mahu pekerja hotel menjadi penganjur acara pada sebelah malam.
"Bolehkah anda dapatkan empat rakan sekerja anda dan berpakaian seperti kumpulan Beatles untuk perkahwinan rakan saya?"
Satu lagi pertanyaan: "Bolehkah anda aturkan band Mariachi untuk buat persembahan di Severn Bridge untuk hari jadi suami saya?"
Jangan pula tak percaya kerana ada juga sesetengah tetamu mengharapkan staf hotel mencipta keajaiban dengan mengawal cuaca.
"Bolehkah anda buat salji turun esok kerana saya mahukan perkahwinan putih dilitupi salji?"
Seorang pelanggan pelanggan pula agak melampau apabila menunjukkan kecintaan terhadap keluarga diraja.
"Bolehkah anda berdiri dalam barisan sepanjang malam dan 'jaga' tempat saya di luar Istana Windsor supaya saya boleh menghadiri perkahwinan Putera Harry dan Meghan? Saya perlu tidur supaya saya kelihatan baik untuk perkahwinan itu," tanya seorang tetamu kepada kakitangan hotel.
Mengulas mengenai hasil kaji selidik itu, Jurucakap Travelodge Shakila Ahmed berkata: "Jika mungkin, pasukan akan cuba sedaya upaya dan seterusnya membantu pelanggan. Mereka sukakan cabaran. Walau bagaimanapun, ada beberapa permintaan yang mereka tidak dapat bantu seperti mengatur pertunjukan ikan lumba-lumba di Lands End dan untuk salji turun."
sumber -ExpressUK
Post a Comment