Dendam Punca Pekerja Tusuk Jarum Dalam Strawberi

Seperti tak percaya, akhirnya dalang skandal pencemaran buah-buahan di Australia ini akhirnya berjaya dikenal pasti. Suspek adalah pekerja ladang sendiri yang berusia 50 tahun.
Menurut sumber yang ditulis Daily Mail, suspek bernama My Ut Trinh atau lebih dikenali dengan nama panggilan Judy itu telah ditahan pihak berkuasa sejak semalam berikutan siasatan terhadap padanan DNA yang ditemui pada jarum pertama dari buah-buahan yang tercemar.
Rupa jarum yanng ditarik keluar dari sebiji Strawberi. Sumber: abc.net
Jarum pertama yang ditemui dalam buah strawberi itu berasal dari ladang Berry Obsession Farm yang dibangunkan sebuah syarikat pengedar buah Starwberi di Queensland, Australia.
Menurut The Courier Mail pula, pekerja itu sebenarnya adalah orang tengah (penyelia) yang rapat dengan pihak syarikat ladang kerana membekalkan para pekerja asing bagi menjadi tenaga pekerja di ladang mereka.
Suspek yang dikenali sebagai Judy ini menyimpan dendam hingga sanggup mencucuh beribu bilah jarum dalam setiap satu Strawberi yang bari dituai dari ladang. Foto -AAPIMAGE
Walau bagaimanapun, Judy kemudian tidak berpuas hati terhadap layanan syarikat yang diberi terhadapnya lalu membuat keputusan untuk berkelakuan dendam secara halus -memasukkan banyak jarum dalam buah strawberi yang baru dituai dengan harapan ia kemudian akan dipek dan diedarkan ke seluruh pelusuk daerah sehingga ada mangsa yang menyaman Berrylicious.
Sumber: Google Images
Judy juga ada menyatakan betapa dia mahu menghancurkan perniagaan Berrylicious.
Malang nasib: Pembeli dakwa temui jarum halus dalam buah strawberi. Sumber: Google Images
Untuk pengetahuan semua, sebanyak 100 laporan penemuan jarum dalam Strawberi yang diterima sejak September lalu ini melibatkan 7 buah ladang sekitar Australia dan semuanya adalah disebabkan dalang yang sama.
Sumber: Daily Mail
Antara tujuh jenama strawberi dari 68 lapan jenama yang terlibat dalam keganasan pencemaran makanan ini adalah Donnybrook Berries, Love Berry, Delightful Strawberries, Berry Obsession dan Berry Licious.
Sesungguhnya, kesan daripada kes itu, beribu tan Strawberi terpaksa dibuang gara-gara takut ada di antaranya yang sudha tercemar dan ini sekaligus menyebabkan pembaziran yang sangat besar. Tak kurang, 8jumlah kerugian ladang dan syarikat pengedaran starwberi juga jatuh merundum.
Kesemua buah strawberi terpaksa dibuang kerana takut sudah dicemari jarum. Sumber: Facebook/DailyMail
Kes yang melibatkan suspek bernama My Ut Trinh itu masih dalam siasatan dan pastinya dia akan menerima hukuman yang setimpal kerana telah membahayakan nyawa ramai orang.
SUMBER 1, 2, 3

Post a Comment