Header Ads

Kejelitaan Wanita Perak Di Mata Orang Barat

Kejelitaan Wanita Perak Di Mata Orang Barat

Dalam tulisannya ‘Malay Sketches’, Frank Swettenham ada menggambarkan kecantikan dan keindahan personaliti seorang wanita bangsawan Melayu di zamannya.


Kejelitaan Wanita Perak Di Mata 'Orang Putih'

Foto menunjukkan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada upacara perkahwinan Diraja di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada 7 hingga 11 September 1983.


Perhatikan hiasan di belakang pasangan diraja ini yang menampilkan seni tekat warisan negeri Perak.

Watak wanita berdarah raja itu dinamakan Raja Maimunah, yang digambarkan sebagai yang berikut:

“Kulitnya amat cerah, bertubuh kurus namun bentuknya sungguh mempesonakan, dengan tangan dan kakinya yang kecil, berwajah bujur sireh dan mata yang indah, berkilauan laksana telaga berwarna biru-putih di mana terapungnya seperti teratai, anak matanya yang gelap, berkelip atau berwaspada dalam penampilan yang berubah-ubah dari kelopak mata yang terbuka lebar atau separuh tertutup yang diteduhi oleh bulu mata hitam panjang.

"Hidungnya kecil, lurus, terletak dengan baik dan bibir tersenyum melengkung yang mendedahkan gigi yang tersusun sempurna dan memutih.

"Di kedua pipinya ada ‘lesung pipit’, sebagaimana orang Melayu memanggilnya, lesung pipit yang begitu mempesonakan sehinggakan siapa yang melihatnya akan tergoda hingga mati.

"Rambutnya hitam berkilat menutupi dahi bujur sirehnya, terurai ke belakang dari atas kepalanya lalu disanggul dengan empat tusuk bertatahkan permata.”

***

Cerita tentang Raja Maimunah, suaminya, Raja Iskander serta skandalnya dengan watak bernama Raja Sleman “orang asing dari negeri jiran” mirip kisah Raja Abdullah (kemudiannya menjadi Sultan Abdullah Muhammad Shah II) dengan isterinya Raja Tipah puteri kepada Sultan Shahabuddin Ri’ayat Shah.

Raja Sleman dalam kisah Swettenham ini pula mirip dengan karakter Raja Daud, yakni putera raja dari Selangor.

Sebagaimana gambaran Kapten James Low sekitar tahun 1827 mengenai personaliti wanita-wanita Perak, gambaran dari Swettenham ini juga mengesahkan betapa kecantikan dan keperibadian wanita-wanita Perak berada pada kelasnya yang tersendiri dari kacamata lelaki Inggeris.

Bayangkan, seorang lelaki Inggeris mengakui lesung pipit wanita Melayu mampu menggoda sesiapa sahaja yang melihatnya, sampai mati!

Semoga memberi manfaat.

No comments