Header Ads

Datin Seri Shahida Yang Polos Tanpa Mekap & Bertudung ‘Awning’ Selepas Melahirkan Anak

Datin Seri Shahida Yang Polos Tanpa Mekap & Bertudung ‘Awning’ Selepas Melahirkan Anak
Biasanya sebaik saat melahirkan, kebanyakan selebriti atau personaliti popular memastikan penampilan diri mereka kelihatan sempurna sebelum muat turut foto bersama anak yang baru dilahirkan. 


Tetapi bagi isteri jutawan kosmetik, Datin Seri Shahida bersedia berkongsi kegembiraannya di laman sosial di samping anak mereka dengan hanya bersandarkan pada wajah polos tanpa mekap serta menyarung tudung ‘awning’.

A post shared by @yusoffalqardawi (@yusoffalqardawi) on Jun 25, 2018 at 3:01am PDT

Beliau yang selamat melahirkan anak keempatnya masih sempat tersenyum ketika gambarnya diambil. Tanpa mempedulikan imejnya yang sebelum ini sentiasa kelihatan cantik dan anggun, beliau tetap kelihatan manis biarpun wajahnya sedikit pucat dan lesu.



 Malah netizen turut memuji penampilannya itu yang tidak menunggu sebulan untuk kongsi wajah terbaru selepas bersalin. Beliau dipuji cantik dan sedap mata memandang.


@melah_crush Jutawan.. Xyah beria makeup nak bersalin.. Xyah nak tunggu sebulan baru nak up picture… Datin tetap cantik.. Sejuk mata memandang… Humble sgt.. Solute!!!… Ni yg dipanggil wanita cantik..

@has_aziz_73 Cantiknya datin….tahniah..sedap nama anak….

@kakti_dzy Ibu still gojes dan sweettttt sgt

@kamisanurun Congratulations hebatttnya seorg Wanita …tahniah datin shahidah tetap ayu walaupun baru je lepas besalin

Ada juga yang memuji wajah Datin Seri Shahida seperti budak sekolah dengan kecantikan semula jadi serta terserlah keikhlasan seorang ibu.

@idahmardhatillah Tahniah dato n datin….semoga menjadi anak yg soleh penyejuk hati ibu ayah….Subhanallah datin tak pakai make-up natural beauty gitew…mcm wajah budak sekolah

@bbqlambkemensahmaam Alhamdulillah..tahniah..sucinya muka.u…bersih tanpa make up..terserlah keikhlasan seorang ibu..

@rahmaharahman1 Cantiknya datin walau tanpa make up, natural beaty, tahniah

Dan semestinya orang paling teruja menanti kelahiran bayi ini juga pastinya adalah suami beliau, Datuk Aliff Syukri.

Jelas tergambar kegembiraan wajah beliau yang sebelum itu setia menanti detik kelahiran anak keempatnya itu di hospital berkenaan.

Ini dalam dilihat senyuman manis dilemparkan beliau yang begitu teruja menerima kehadiran rezeki dari Allah ini.

Tidak seperti selebiriti yang menunggu lama untuk muat turut foto anak mereka, Datuk Aliff Syukri lebih bersikap terbuka dengan memuat turun foto anak bongsunya itu beberapa jam selepas dilahirkan.

Terima Kasih Allah SWT atas anugerah ini......saya telah pun selamat melahirkan khalifah kecil ini bayi lelaki pada 25/6/2018 bersamaan Hari Isnin.... . . Alhamdulillah selamat semuanya.....terima kasih nenek @bondarozitaibrahim masakkan makanan berpantang ...sedap x rasa mcm berpantang pun... . Terima kasih semua yg tak putus2 rakan2 di ig dan fb yg mendoakan saya dan bayi ini....terima kasih kepada suami tercinta @aliffsyukriterlajaklaris ...yg excited tunggu baby sampai saya pun confius siapa sebenarnya doktor ... terima kasih doktor saya Dr Datin Suhaiza Salleh...doktor paling best rasa nak beranak je tiap tahun😅..... . . Terima kasih Kedua ibu bapa dan mertua tercinta yg menemani dan sentiasa mendoakan saya. . Mudahan anak ini @yusoffalqardawi menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia dan akhirat amin...
A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

 KREDIT FOTO: INSTAGRAM DATUK ALIFF SYUKRI & YUSOFF ALQARDAWI

No comments