Header Ads

Dapatkan Kulit Secantik Bea Alonzo

Dapatkan Kulit Secantik Bea Alonzo
Bea Alonzo... aktres hebat ini memiliki kecantikan semulajadi biarpun tanpa mekap.

Tidak lokek dalam berkongsi petua kecantikan yang diwarisi oleh ibunya, kini baru kita tahu rahsia Bea kekal glowing sepanjang hari, semuanya menggunakan bahan-bahan dapur sahaja. Dalam sebuah video yang dikongsi di saluran Youtube, By Beaaktres cantik ini memberikan beberapa tutorial DIY tentang trik kecantikan yang dipelajarinya dari ibu selama ini.
Limau Kasturi
Salah satu rahsia Bea ialah menggunakan limau kasturi untuk memutihkan bintik-bintik hitam atau di bahagian siku, lutut, ketiak – bahagian yang berisiko untuk hitam.


Foto – By Bea/Youtube
Anda hanya perlukan sebiji limau kasturi yang dipotong dua, ambil sepotong dan aplikasi di bahagian yang hitam. Urut secara membulat, biarkan 30 minit dan basuh dengan air suam.
Putih Telur
Untuk muka berminyak sehingga naik jerawat, ini petua yang Bea amalkan. Putih telur dan madu dicampur bersama, boleh digunakan sebagai topeng muka.


Foto – By Bea/Youtube

Song Hye Kyo juga melakukan rutin yang sama untuk menegangkan kulit wajah dan awet muda.
Lidah Buaya
Bea menggunakan ekstrak lidah buaya original untuk mengubati kulitnya yang terbakar akibat berjemur di bawah sinaran mentari. Caranya daun lidah buaya dicuci bersih, lalu dibelah menjadi dua, di dalamnya akan terdapat lendir seperti gel disapu pada kulit maka dalam masa 2-3 hari akan sembuh.


Foto – By Bea/Youtube

Lagi satu, untuk merawat rambut agar tidak mudah gugur dan mengurangkan kelemumur. Caranya daun lidah buaya digosok pada kulit kepala, lalu balut rambut dengan kain dan bilas keesokan harinya.
Oat & Madu
Semua orang mahukan kulit yang bersih dan bercahaya tetapi beberapa sebab seperi jerawat, pencemaran, sinaran matahari, jeragat dan kedutan mengehadkan kulit kita menjadi sempurna. Bea menggunakan kombinasi oat dan madu untuk mendapatkan kulit idaman.


Foto – By Bea/Youtube

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat skrub ini adalah barangan isi rumah yang murah dan mudah didapati, sekaligus memberi kulit lembut, licin dan sihat.
sumber:Wanista

No comments