Header Ads

Buat Begini..Tingkap Kecil Pun Boleh Nampak Besar

Buat Begini..Tingkap Kecil Pun Boleh Nampak Besar
Bentuk tingkap memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan langsir. Biasanya tingkap pada kediaman berbeza mengikut gaya seni bina.
Pemilihan langsir yang sesuai bukan sekadar mengambil kira keadaan reka bentuk tingkap, malah mampu menyembunyikan kecacatan pada elemen itu.
Langsir yang jatuh mengalun dari siling ke lantai di ruang bilik yang tinggi bertambah seri dengan ropol di bahagian atasnya
Tingkap yang kecil atau sempit boleh diolah bagi menampakkan keluasan lebih lebar dengan memasang langsir yang lebih besar.


Jika anda mempunyai lebih daripada satu tingkap berlainan saiz di dinding yang sama, pasang satu langsir untuk kedua-duanya. Sekali gus menyembunyikan dua tingkap yang berbeza.
Tingkap yang berbentuk bulat di bahagian atasnya, pilihan terbaik adalah dengan membiarkan ia kosong tanpa langsir.
Anda yang bercadang menggantung langsir di situ perlu kreatif dari segi pilihan fabrik.
Antara fabrik yang menjadi pilihan utama ialah 100 peratus kapas atau campuran kapas dan polyster.
Kain renda atau satin yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.
Kini ramai pemilik kediaman rumah gemar menggunakan fabrik scotchguard yang diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.
Langsir jenis eyelet antara yang popular masa kini dan didatangkan dengan corak bunga-bungaan bagi menyerlahkan kelainan ruang.
Biasanya rod kayu menjadi bahan utama menggantung langsir, selain tidak menggunakan cangkuk dan sinonim dengan dekorasi moden kontemporari khususnya untuk kondominium atau apartmen.
Ia diketengahkan melalui kombinasi langsir siang sementara jenis fabrik yang sesuai termasuk kapas dan sheer (nipis).
Potongan jenis tie scarlet iaitu kain langsir yang berkedut di atas dan bawahnya berbentuk seperti tali leher pula dilihat sesuai untuk gaya klasik.
Dalam menambah seri, hiasan berkedut di atas yang diserikan dengan renda. Malah rekaan tie scarlet biasanya disediakan dengan scallop classic, pencil plite dan scallop pencil plite.
Bagi pilihan langsir yang menggunakan potongan scallop ini, adalah amat sesuai menggunakan kain jenis satin.
Semestinya langsir berbentuk scallop sama ada dalam bentuk rekaan klasik atau tie amat sesuai bagi kediaman besar atau banglo. Ia lebih kepada rekaan seperti ini kelihatan formal dan bergaya.
Sementara ruang dapur pula memerlukan kain langsir yang tebal, tahan lasak dan ringkas. Ramai juga yang memilih bidai untuk menyerikan ruang itu kerana ia lebih praktikal.
Di bilik tidur utama, penggayaan langsir yang ringkas menggunakan warna lembut amat sesuai kerana dapat menimbulkan suasana romantik dan tenang.
Kediaman kecil pula, langsir gaya ringkas membantu ruang sempit kelihatan lebih luas dan selesa.
Anda yang masih mahu menggunakan langsir lama, lakukan sedikit pengubahsuaian dengan menambahkan hiasan riben atau renda.
Cara ini lebih menjimatkan kerana mereka tidak perlu membeli keseluruhan fabrik untuk langsir.

No comments