Header Ads

Wanita Dedah Kisah Kucing Bunting Yang Dimasukkan Dalam mesin pengering pakaian hingga mati

Wanita Dedah Kisah Kucing Bunting Yang Dimasukkan Dalam mesin pengering pakaian hingga mati

MASYARAKAT di negara ini mengecam tindakan dua lelaki membunuh kucing bunting dengan memasukkan ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah dobi layan diri di Taman Gombak Ria, di Gombak.
Rata-rata individu mahu agar hukuman berat dikenakan terhadap pelaku perbuatan berkenaan yang dilihat tidak bertamadun, kejam serta tidak berperikemanusiaan.
Malah, video kejadian itu juga turut tular di media sosial di mana beberapa individu serta pertubuhan berkaitan haiwan dilihat menzahirkan solidariti berhubung isu itu.




Antara pertubuhan yang mengutuk tindakan kejam dua lelaki itu termasuklah dari Persatuan Haiwan Malaysia, Kelab Pencinta Kucing Malaysia, Kelab Kucing Malaysia serta pencinta haiwan lain.
Sementara itu, tinjauan di kedai dobi berkenaan juga mendapati mesin pengering berkenaan sudah diletakkan notis tidak beroperasi bagi sementara waktu ekoran kejadian yang berlaku.
Salah seorang pelanggan kedai dobi itu, Effa Ariffin, 43, mengakui terkejut apabila mengetahui kucing yang sering dilihat berlegar di kawasan terbabit mati akibat 'dipanggang' dalam mesin pengering pakaian di situ.
“Kucing betina itu memang selalu ada di sini namun seingat saya, tidak pernah sekalipun ia mengganggu sesiapa pun atau membuat kotor.
|Jadi, saya memang terkejut, marah dan geram dengan tindakan dua lelaki berkenaan yang jelas tidak berperikemanusiaan," katanya ketika ditemui di kedai dobi berkenaan hari ini.
Effa berkata, mesin pengering pakaian digunakan dua lelaki berkenaan adalah satu daripada dua mesin yang mempunyai suhu cukup tinggi.
Katanya, pelanggan biasanya perlu membiarkan pakaian mereka di dalam mesin pengering itu untuk beberapa minit sehingga pakaian dikeringkan benar-benar sejuk, sebelum boleh diambil.
"Di kedai dobi ini ada 12 mesin pengering. Tetapi dua mesin berkenaan termasuk digunakan dua lelaki itu adalah yang mempunyai suhu paling tinggi.
"Biasanya, kalau guna mesin itu, pakaian akan tetap panas dan perlu dibiarkan sehingga sejuk untuk beberapa minit sebelum boleh diambil dan dikeluarkan.
"Jadi, saya tidak dapat nak gambar bagaimana seksanya kucing betina itu menahan azab apabila dipanggang dalam mesin itu," katanya.
Pekerja swatsa, Kamal Mohamad, 32, turut melahirkan terkejut dan sedih apabila melihat rakaman yang memaparkan tindakan dua lelaki yang dianggapnya sebagai mempunyai masalah mental.
Dia yang turut membela kucing di rumah berharap agar hukuman berat dikenakan kepada dua individu berkenaan.
"Saya harap dua lelaki itu dikenakan hukuman berat termasuk dipenjara.
"Kalau denda sahaja tidak berpadanan dengan tindakan mereka kerana denda boleh dibayar, tetapi nyawa kucing tidak boleh dikembalikan.
"Biarpun mereka haiwan, mereka ada hak untuk hidup di muka bumi ini," katanya.
Sementara itu, tinjauan di Facebook mendapati kebanyakan pengguna mengecam perlakuan dua lelaki itu yang disifatkan lebih teruk daripada binatang.
Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Arina Mustapa berkata, sudah tiba masanya Malaysia mempunyai undang-undang ketat terhadap individu yang menzalimi haiwan.
Saranannya turut dipersetujui pengguna laman sosial yang tidak mahu pelaku terlepas bebas jika hanya dikenakan denda selepas didakwa dan terbukti bersalah.
Pengguna Facebook, Hani Ruhaini pula melahirkan kebimbangan terhadap tindakan dua lelaki itu yang berkemungkinan melakukan pembunuhan lain pada masa depan.
“Sekarang dia bunuh kucing, suatu hari nanti mungkin dia akan bunuh budak pula. Pihak berkuasa tolonglah bertindak dengan manusia durjana ini,” tulisnya.

sebenarnya admin sendiri tak sanggup melihat video terbabit...sedih sungguh

No comments