Header Ads

Sindrom Mata Biru Yang Sangat Jarang Berlaku,Antaranya Paris Jackson

Sindrom Mata Biru Yang Sangat Jarang Berlaku,Antaranya Paris Jackson
Diberikan sempena nama pakar mata Belanda, Petrus Johannes Waardenburg yang menemui sindrom mata biru ini pada tahun 1947, sindrom Waardenburg adalah satu komplikasi yang agak jarang berlaku iaitu 1 dalam 40,000 manusia.
Ia menyumbang 2 hingga 5 peratus daripada semua kes kehilangan pendengaran kongenital.

Jenis I dan II adalah bentuk sindrom Waardenburg yang paling biasa, manakala jenis III dan IV jarang berlaku.

Kumpulan genetik ini boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perubahan pada warna mata, rambut dan kulit.

Mereka yang mengalami masalah ini mempunyai pendengaran normal tetapi kehilangan pendengaran sederhana ke tahap teruk boleh berlaku kepada pada satu atau kedua-dua telinga.

Kami ingin kongsikan 5 individu yang mempunyai mata biru air disebabkan mutasi genetik yang sangat rare ini.

1. Paris Jackson




Paris Jackson adalah individu yang paling popular dalam senarai ini.

Beliau adalah anak kepada Michael Jackson dan merupakan seorang model yang mempunyai mata berwarna hampir biru lutsinar yang merupakan ciri yang paling ketara pada wajahnya.

Mekap artis Paris iaitu Jo Baker memberitahu dalam sebuah temuramah bahawa warna mata Paris adalah disebabkan oleh kondisi genetik dan ia dipercayaai sebagai sindrom Waardenburg.

Walaupun begitu, Paris tidak menunjukkan apa-apa tanda lain sindrom ini termasuklah mempunyai penglihatan dan pendengaran yang normal.

2 . Stef Sanjati




Seorang transgender dari Kanada yang popular di laman Youtube, merupakan salah seorang yang mengalami sindrom Waardenburg.

Video beliau bertajuk "My Face: Waardenburg Syndrome" yang memaparkan Stef mengelaskan mengenai mutasi genetik yang beliau warisi telah mendapat perhatian ramai.

Beliau mempunyai mata berwarna biru seperti mana pesakit yang lain, dan juga pekak di sebelah telinga kiri serta beruban pramatang.

Stef menjalani pembedahan feminisasi wajah di Boston pada Disember 2017 dan telah mendokumentasikan setiap lebam, balutan dan luka dalam saluran Youtubenya.

Prosedur itu membantu membentuk semula wajahnya untuk menterbalikkan kesan testosteron dalam badannya.

3. Ketlen Silva de Jesus




Selepas mengumumkan bahawa beliau mengalami sindrom Waardenburg dalam televisyen Brazil, Ketlen Silva de Jesus telah menjadi perhatian di media sosial.

Ketika mula-mula melihat anaknya selepas dilahirkan, ibu Ketlen menyangkakan mereka tertukar bayi tersebut dengan bayi lain di hospital kerana bayi tersebut pekak kedua-dua telinga dan mempunya mata biru nilam.

Ketika membeli-belah di Rio, kanak-kanak comel ini terserempak dengan Joao Pedro Sampaio, seorang jurugambar Brazil yang percaya Ketlen mempunyai masa depan cerah sebagai seorang model dan beliau telah ditawarkan tawaran oleh jenama-jenama besar.

Ketlen menunjukkan dan membuktikan kepada dunia bahawa kecantikan boleh mengatasi tanggapan buruk, perbezaan, dan kesukaran.

4. Suru




Seorang penulis dikenali sebagai Ayreis telah memuat naik gambar seorang gadis Senegal yang dipercayai mengalami Sindrom Waardenburg.

Dalam gambar tersebut beliau menulis, "Saya seorang sukarelawan Peace Corps di Senegal, Afrika Barat.

"Saya tinggal dalam kampung yang sama dengan gadis ini, Suru.

"Saya percaya Suru mengalami Sindrom Waardenburgh.

"Dengan mata biru yang sangat cantik, Suru juga pekak kedua-dua telinga dan mempunyai tompok putih pada tangan kanannya."

5. Abushe




Berasal dari Jinka, Ethiopia Selatan, ibu bapa Abushe bimbang kemungkinan Abushe akan buta ketika dilahirkan kerana sindrom ini.

Disebabkan kekangan kewangan dan hidup yang miskin, rawatan perubatan merupakan sesuatu yang mustahil bagi mereka.

Namun, Abushe tidak buta dan juga tidak menunjukkan apa-apa tanda mengenai sindrom ini membuatkan ibu bapanya melihatkan perbezaan yang berlaku kepada Abushe sebagai anugerah dari tuhan.

Tapi, tak semua orang berfikiran begitu kerana Abushe kerap kali dibuli kerana rupanya yang berbeza daripada rakan sebayanya.

Ada yang memanggil Abushe dengan panggilan "mata plastik" dan "raksasa" serta menjadi perhatian orang ramai.

Namun, Abushe terus kuat dan berharap dapat membuktikan bahawa mereka yang membulinya adalah salah dan bercita-cita untuk menjadi bintang bola sepak.

Semoga memberi manfaat.


sumber:sentiasa panas

No comments