Terkini mereka memperkenalkan minuman Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea yang menggabungkan rasa unik dari Barat dan Timur dengan campuran bahan-bahan berkualiti tinggi.
Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea dihasilkan melalui campuran teh hijau yang menyegarkan serta ditambah dengan haruman bunga melur dan rasa masam manis buah pic.
Teh Hijau yang digunakan dalam menghasilkan minuman Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea hanya dipetik di antara bulan Jun dan Ogos. Ia didatangkan khas dari ladang keluarga di China yang berusia lebih 100 tahun.
Pakar Teh CB&TL, David de Candia berkata, bagi menjamin kualiti teh yang baik, hanya daun yang menyeluruh dipilih dan bukan daun yang telah dihancurkan.
“CB&TL juga bekerja secara terus dengan peladang bagi memastikan mereka mendapat hasil dan manfaatnya dan bukan melalui orang tengah,” katanya menerusi satu kenyataan baru-baru ini.
Tambah David, bunga melur pula digunakan untuk mewangikan daun teh. Bunga melur yang digunakan akan dipilih dengan teliti sebelum proses diadunkan bersama teh dilakukan dengan menggunakan tangan.
“Sementara itu, campuran puri buah pic asli ditambah sebagai pemanis semula jadi yang turut memberi rasa dan warna yang menyegarkan. Rasanya berbeza jika dibandingkan dengan menggunakan sirap,” ujarnya.
Dalam pada itu, Pengarah Pemasaran dan Pembangunan The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia, Fiona Rodrigues berkata, bagi yang belum mencuba minuman Nitro, Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea dihidangkan secara sejuk dan dihasilkan melalui tong kecil bertekanan tinggi.
“Kaedah Nitro ini menghasilkan lapisan buih di atas minuman dan menjadikan teksturnya pekat dan berkrim walaupun tanpa susu.
“Teknik pembruan sejuk pula memberikan rasa yang kuat tetapi tidak pahit, jadi minuman ini tetap lazat dinikmati walaupun tanpa gula,” jelasnya.
Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea boleh dibeli bermula bulan ini pada harga RM13.50. Pelanggan juga boleh mencuba minuman Peach Jasmine sebagai Sparkling Iced Tea atau minuman Granita Tea Ice Blended atau sebagai Iced Sweet Tea atau Cold Brew Tea.
Cubalah minuman Peach Jasmine Nitro Cold Brew Tea di salah satu daripada 49 cawangan CB&TL dan kongsikan pengalaman dengan menggunakan hashtag #CBTLNitroColdBrew dan #coffeebeanmy.
sumber:Kosmo