Header Ads

Anak Aliff Syukri Comel,Namanya Pun Cantik

Anak Aliff Syukri Comel,Namanya Pun Cantik
Isteri usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.15 kilogram pada Isnin.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh ibu kepada pengasas produk kosmetik itu, Rozita Ibrahim menerusi laman Instagram miliknya.


Menurut pengasas produk Sendayu Tinggi itu, menantunya, Nur Shahida melalui proses bersalin dengan mudah selama satu jam tanpa sebarang jahitan.

Dalam pada itu Aliff Syukri menerusi laman sosial Instagram turut berkongsi wajah dan nama anak lelakinya itu.

"Sedap tak nama saya, Yusof Al Qardawi, nama alim ulama Islam. Bukan nama artis Korea, sebab besar nanti saya nak jadi alim ulama."

Sebelum ini, Aliff sudah lama mengimpikan zuriat yang ramai dan tidak menyangka dia mendapat rezeki itu selepas mengambil dua orang angkat.

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6.


Pasangan ini mengambil anak angkat pada tahun lalu iaitu Ameena pada bulan Oktober yang kini berusia sembilan bulan dan Qayyum pada awal Disember yang usianya tujuh bulan.

No comments