Header Ads

Tak Perlu Risau,Gunakan Barang Terbuang Bersihkan Rumah

Tak Perlu Risau,Gunakan Barang Terbuang Bersihkan Rumah

Lazimnya hujung minggu digunakan untuk aktiviti membersihkan rumah, maklumlah seminggu suntuk bertungkus-lumus di pejabat menyebabkan rumah berhabuk, kotor atau tidak tersusun.

Jika dahulu proses untuk membersih menggunakan peralatan khas di mana kita perlu mengeluarkan kos yang mahal tetapi kini, anda hanya perlukan sedikit kreativiti.

Hanya menggunakan bahan-bahan terbuang atau tidak digunakan lagi, anda boleh membersihkan rumah dengan mudah dan tanpa banyak karenah.

FMT Ohsem menyenaraikan 5 helah (hack) membersihkan rumah menggunakan barangan lama yang tidak diperlukan. Lagipun tiada kos tambahan yang terlibat dalam ‘strategi’ ini.

1. Bersihkan kipas siling guna sarung bantal
Untuk membersihkan kipas siling dengan cepat dan mudah tanpa mengotorkan rumah dengan habuk debuya, hanya gunakan sarung bantal atau kain batik terpakai!

Penggunaan sarung akan mengurangkan habuk-habuk yang terlekat di kipas bertaburan, menjimatkan masa dan tidak perlu membuat kerja berganda.

Caranya mudah sahaja, tuang 2 sudu cuka dalam air biasa dan dimasukkan dalam penyembur. Semburkan bahagian sarung bantal lama. Sembur secukupnya hingga lembap kemudian sarungkan sampul bantal ke bilah-bilah kipas dan lapkan batang bilah kipas berkenaan menggunakan sarung itu. Habuk tersebut hanya jatuh ke dalam sarung dan tidak bertaburan ke bawah.

2. Mop permaidani guna garam
Jika sebelum ini kita hanya menghantar permaidani ke dobi kerana fizikalnya yang pukal dan berat selain sukar untuk dibersihkan sendiri, kini ada kaedah yang lebih mudah. Hanya gunakan mop yang di rumah, permaidani kelihatan seperti baru.

Campurkan air panas, cuka dan Dettol bersama-sama sedikit garam ke dalam baldi, bilas mop dan perah, gosok di atas permaidani. Selamat mencuba!

3. Guna stokin bersihkan tingkap
Selain span anda boleh menggunakan stokin lama untuk membuang habuk di permukaan tingkap. Secara tidak langsung kedua-dua permukaan akan dibersihkan serentak.

Ambil stokin lama dan sarungkan di tangan dan lap seperti menggunakan tapak anda untuk membersihkan habuk di atas permukaan kaca tersebut, ulangi sehingga anda berpuas hati.

4. Guna tuala terpakai
Tak perlu beli penyapu khas untuk membuang habuk di bahagian yang sukar dicapai. Sebalinya anda perlu kreatif dengan menggunakan tuala lama dan potong menjadi kecil sebelum yang diikat kepada penyapu menggunakan getah.

Habuk yang halus akan melekat pada kain manakala habuk besar akan jatuh ke lantai.
Jika mahu, gunakan sedikit semburan sabun wangi atau Dettol bagi membasahkan tuala berkenaan agar lebih harum dan anti bakteria.

5. Berus atau berus gigi lama
Membersihkan pokok hiasan yang banyak cabang menyukarkan kerja membersihkannya. Tetapi denan menggunakan berus gigi yang lama, ia memudahkan anda menggosok perlahan bahagian celah pokok perhiasaan tersebut. Dengan mudah ia menyingkir kotoran degil yang terlekat. Anda juga boleh cicah dengan air sabun.

Mudahkan, tidak perlu keluarkan modal besar dan paling penting puas hati melakukan sendiri.


1 comment:

  1. permisi min numpang share ya :)
    Promo Fans^^poker :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% dibagikan Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup dibagikan Setiap Kamis
    ayo segera bergabung dengan kami dan menangkan uang jutaan rupiah ^^

    ReplyDelete