Header Ads

Gagal Jual Rumah,Wanita Anjurkan Pertandingan Tulis Surat Menang Rumah Banglo Bernilai AS$1.7 juta

Gagal Jual Rumah,Wanita Anjurkan Pertandingan Tulis Surat Menang Rumah Banglo Bernilai AS$1.7 juta

CALGARY, Kanada – Seorang wanita yang gagal menjual banglo miliknya pada harga AS$1.7 juta (RM7.03 juta) mengambil keputusan menghadiahkan rumah tersebut kepada pemenang pertandingan yang menulis surat anjurannya baru-baru ini.

Alla Wagner menganjurkan pertandingan ‘Tulis Surat untuk Menang Rumah’ menerusi laman sosial Facebook. Ia memerlukan peserta menghantar sepucuk surat mengandungi 350 patah perkataan menyatakan mengapa mereka memerlukan rumah berkenaan.


Bagaimanapun, setiap penyertaan dikenakan yuran sebanyak AS$25 (RM103) dan satu panel juri akan memilih pemenang berdasarkan isi kandungan surat yang kreatif itu.


Wanita itu memberitahu, sebelum pertandingan itu bermula pada 15 Januari lalu tiada seorang pun pembeli yang mahu membeli banglo itu.

Bagaimanapun, Wagner memberitahu dia mahu menjual rumah tiga bilik itu di Millarville, selatan Calgary kerana mengalami saki belakang menyebabkannya sukar untuk menaiki tangga di dalam kediaman itu.

Dia menganjurkan pertandingan itu selama tiga bulan dan mungkin melanjutkannya selama enam bulan lagi.

Namun, jika ada pembeli rumah itu, katanya, dia akan menamatkan pertandingan itu. – Agensi

No comments