Header Ads

Beginikah Wajah Puteri Diana Andai Masih Hidup?

Beginikah Wajah Puteri Diana Andai Masih Hidup?

Puteri Diana merupakan anggota keluarga kerajaan England yang masih menjadi idola masyarakat di seluruh pelusuk dunia. Meskipun Puteri Diana sudah meninggal dunia 21 tahun yang lalu, kisah hidupnya masih menarik perhatian untuk diperkatakan.
Ibu kepada Putera Harry dan Putera William ini meninggal dunia kerana sebuah kemalangan kereta yang cukup tragis pada 31 Ogos 1997 di Paris. Hingga kini, kematian Puteri Diana masih menjadi perdebatan.
Ini kerana ramai yang menduga sebenarnya Puteri Diana masih boleh diselamatkan dari kemalangan kereta itu apabila segera diberi pertolongan medik.
Masih ada banyak pertanyaan yang tak terjawab dari para peminat ikon kecantikan kerabat diraja itu. Ramai juga para peminat Puteri Diana yang ingin mengetahui bagaimana agaknya wajah  Puteri Diana jika sekarang masih hidup?
Seorang ahli teknologi baru telah meramalkan bagaimana penampilan Puteri Diana jika dia masih hidup saat ini.
Dan hasil gambarannya pun membuatkan para peminatnya terpukau. Sebab, di usia 50-an, hasil ramalan wajah Puteri Diana menunjukkan parasnya yang semakin cantik menawan. Pada foto tersebut, Putri Diana diramalkan masih mempertahankan rambut pendeknya.


Foto: Twitter/@Emilyca03092213

Senyum dan tatapan matanya yang begitu bersinar, seolah-olah menipu mata kita bahawa itu benar-benar Puteri Diana. Lalu, ramai yang tertanya-tanya, bagaimana hasilnya bila foto Camilla Parker digandingkan dengan foto ramalan Puteri Diana di usia 50-an?


Foto: Twitter/@Emilyca03092213

Beginilah bila wajah Camilla Parker dan Puteri Diana yang berusia 50-an digandingkan. Bagaimana pandangan anda, siapa lagi syantik?

No comments