Header Ads

Tradisi Pelik Orang Denmark Sambut Tahun Baru,Baling Pinggan Depan Rumah Orang

Tradisi Pelik Orang Denmark Sambut Tahun Baru,Baling Pinggan Depan Rumah Orang
Sekarang ni korang mesti dah mula dapat WhatsApp atau mesej bergambar ucapan tahun baru yang dah direcycle entah berapa kali. Pastu, mula la gelabah pasang azam baru. 

Padahal azam tahun lepas tu dah tertunai ke belum, korang je la yang tahu.

Biasanya pada waktu macam ni, mesti ada yang buat sambutan tahun baru, contohnya macam buat parti kat rumah, makan-makan dengan keluarga dan kawan-kawan, tengok bunga api, ada yang buat kenduri doa selamat, dan tak kurang juga yang sambung tidur sebab bagi dorang tidurlah benda paling penting kat dunia. Tapi dalam banyak-banyak cara sambutan, yang paling popular mestilah countdown beramai-ramai kat tempat awam, kan?
Dah ready ke belum tu? 

Imej dari giphy

Semua cara tu biasa sangat kat Malaysia ni. Apa kata kita tengok cara sambutan tahun baru di beberapa tempat lain di seluruh dunia berdasarkan kepercayaan rakyat di setiap negara!

1. Tujuh lompatan ombak untuk tujuh hajat di Brazil

Korang suka tak pergi pantai, dengar desiran ombak, rasakan pasir lembut yang ada kat kaki, terutama sekali bila korang main kat gigi air tu, terbuai-buai perasaan dibuatnya!
Kalau korang sukakan perasaan macam ni, sebenarnya ni la cara orang Brazil sambut tahun baru di Rio de Janeiro! Sambutan di pantai ni dinamakan malam Tradisi Yemanja.

Festival Yemanja disambut bersempena tahun baru dan meraikan Yemanja dan beberapa dewa lautan lain yang lain, iaitu Macumba atau Candomblé. Tapi Yemanja la yang lebih popular, sebab dia ni lebih kurang macam Virgin Mary la kat dalam kepercayaan Roman Katolik.

Klik untuk tengok macam mana dorang sambut Festival Yemanja masa malam tahun baru. Imej dari Youtube

Asal usul perayaan ini dipercayai mula pada abad keenam belas, masa Portugis mula ‘mengimport’ hamba dari Afrika ke Brazil. Hamba-hamba ni dikatakan membawa agama Afrika Barat dengan dorang, lengkap dengan pelbagai tuhan dan dewi, yang dipanggil “Orishas.”

Apa yang diorang buat masa sambutan adalah pergi ke pantai dan melompat menerusi tujuh gelombang ombak yang datang ke arah pantai. Tujuh lompatan disertai dengan tujuh jenis hajat ni dikatakan boleh bawa nasib yang lebih baik untuk tahun yang akan datang. Aktiviti ni selalunya dilakukan dengan orang terdekat, of courselah dengan kawan dan keluarga.
Tapi, bukan terjun daripada cruise, tau. 

Imej dari giphy
Selain tu, dorang juga percaya yang sambutan ni lebih baik bila pakai baju berwarna putih, yang membawa maksud ketenangan untuk masuk ke tahun baru. Lagi bagus kalau bawa hadiah sekali macam jambangan bunga, perfume, sabun, champagne dan macam-macam lagi  sebagai persembahan kepada dewa-dewi lautan tu.

Dengan pemberian hadiah ni, orang Brazil bukan saja mengharapkan balasan rezeki dan juga tahun yang baik, tapi juga sebagai tanda terima kasih dengan kebaikan yang dorang dapat pada tahun-tahun sebelumnya.

2. Pecahkan pinggan mangkuk tanda kasih sayang, Denmark

Dalam Sinetron, kalau ada watak terpecah pinggan, kamera mula la zoom kat muka dan dia pun terbayang pasal benda buruk yang akan terjadi. Tak pasal-pasal kena pergi Langkawi sebab nak beli pinggan mangkuk yang duty free.

Tapi lain pulak bagi Denmark, negara paling kecil dan paling selatan kat belah-belah Nordic, Sepanjang tahun, dorang akan akan simpan pinggan mangkuk yang dorang rasa boleh dikorbankan. Dan pada ambang tahun baru, dorang akan campakkan serpihan pinggan yang ada kat depan rumah orang yang rapat. Maknanya makin banyak serpihan pinggan mangkuk kat rumah seseorang tu, makin dia disayangi oleh orang-orang sekeliling dia!

Imej dari thumbs.mic.com

Oh, korang jangan tak tahu yang berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2013, 2014 & 2016, Denmark adalah negara pertama paling happy di dunia! Antara faktornya adalah keseimbangan dalam hidup kehidupan dan kerja, dorang rajin bersosial, ada ikatan persahabatan yang baik dengan keluarga dan kawan-kawan, dan keselamatan awam yang baik sebab dorang rasa bertanggungjawab untuk jaga kebajikan antara satu sama lain.

Mungkin sebab tu la dorang tak kisah pinggan mangkuk pecah ye tak?
Eh, tapi habiskanlah dulu makanan dalam pinggan tu, ye! Imej dari giph

3. Tradisi membakar patung jerami untuk menghalau nasib malang di Colombia

Korang pernah tak nampak patung jerami atau voodoo doll? Seram kot. Biasanya patung macam ni digunakan untuk menyihir orang dengan mencucuk, menikam, atau menggeletek patung tu supaya mangsa akan rasa benda yang sama.

Tapi untuk tahun baru, rakyat Colombia tak gunakan patung ni untuk menyihir orang, tapi untuk mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri. Patung ni ni dipanggil “Año viejo”, yang bermaksud “tahun tua”, di mana dorang bakar benda-benda tak elok pada tahun yang lama agar tak berulang lagi.

Riot! Gambar dari Global Eyewitness Ecuador.

Mula-mula dorang akan masukkan pelbagai bahan bakar kat dalam patung ni, lepas tu, dorang tulis semua nasib buruk dan kesilapan yang dorang takkan ulangi atau tak nak terjadi lagi kat sehelai kertas. Menjelang pukul 12, dorang akan tampal kertas ni dan bakar patung tersebut di tempat terbuka.

Bakar patung jerami guna mancis je. Imej dari thumbs.mic.com
Secara simboliknya, benda-benda yang buruk akan dibakar (termasuklah lemak kot) dan ditinggalkan, dan mengalu-alukan benda yang baik untuk tahun baru!
Siapa setuju kita bakar patung ni? Imej dari giphy

4. Tengok matahari pertama yang akan terbit untuk tuah, Jepun

Kalau korang Google je pasal negara mana yang akan sambut tahun baru dulu, mesti nama  Jepun yang muncul. Tak hairanlah Jepun dipanggil “Negara Matahari Terbit”.

Ingat nama “Negara Matahari Terbit” tu saja-saja ke? Imej dari Amazon
Terkenal dengan negara dengan adat dan tradisi yang tinggi, rakyat Jepun akan menyapa satu sama lain, dan ucapkan “akemashite-omedetou-gozaimasu,” yang bermaksud Selamat Tahun Baru setiap kali berjumpa antara satu sama lain buat pertama kalinya pada 1 Januari.

Perayaan Tahun Baru kat Jepun dianggap sangat penting, malah, lagi penting dari hari perayaan yang lain, sampaikan 1 Januari ni adalah hari cuti kebangsaan di Jepun, sebab selain Tahun Baru (Gantan), dalam masa yang sama dorang menyambut Tahun Baru Jepun (Shogatsu), dan perayaan ni berlarutan sampai 3 Januari.

Punyalah tinggi nilai adat Jepun ni, sampaikan setiap makanan yang dihidangkan pun bukan saja berseni, tapi ada maksud tersendiri. Pada Hari Gantan dan Shogatsu, orang Jepun akan makan hidangan khas yang disebut osechi ryori. Makanan ni dibungkus dalam kotak Jubako yang nampak macam mangkuk tingkat orang Melayu, tapi berbentuk empat segi.

Macam Bento, tapi bekas 3 hingga 4 tingkat ni dipanggil Jubako. Imej dari kansaiscene

Setiap hidangan dalam Jubako ni ada makna tertentu. Contohnya, orang Jepun akan makan udang untuk umur yang panjang, telur ikan herring untuk kesuburan, akar pokok teratai untuk masa depan yang bahagia, dan macam-macam lagi. Ia biasanya dimakan dengan makanan tradisional dorang, iaitu mochi (kek beras), dan kadang-kadang Zouni (sup kek beras), salah satu hidangan mochi yang paling popular.

Cara countdown tahun baru dorang pun lain, di mana rakyat Jepun akan sama-sama mendengar Juya No Kane, yang bermaksud “loceng jam malam” yang akan berdering sebanyak 108 kali sepanjang malam, sampai detik 12 malam. Perkara ni bertujuan untuk mengusir kemiskinan, kesedihan, ragu-ragu, dan macam-macam lagi perkara negatif yang lain.

Orang Jepun percaya yang matahari pertama untuk tahun tu, atau “Hatsuhinode”, ada kuasa supernatural. Hatsuhinode adalah simbolik untuk menyambut toshigami-sama, yang bagi kesuburan untuk tanaman dan kemakmuran rumah tangga.

Matahari pertama yang timbul pada awal tahun baru. Imej dari japaninfo

Jadi, ramai yang akan pergi ke gunung dan pantai pada pagi tahun baru untuk menunggu matahari terbit. Dorang akan sama-sama berdoa bila ternampak cahaya matahari muncul. Ia dikatakan akan mendatangkan tuah, terutama sekali bila dorang berdoa dekat tempat yang berpemandangan cantik.

Kalau korang ada kat Jepun, atau ada plan nak sambut tahun baru kat Jepun dan rasa sendiri macam mana perasaan tengok matahari pertama terbit pada tahun baru, korang boleh pilih tempat yang terbaik dan tengok guide kat sini!

Sambutan tahun baru menggambarkan cara dorang inginkan tahun yang lebih baik

Semua orang nak tahun yang lebih baik daripada sebelum-sebelumnya. Jadi dengan sambutan tahun baru ni, semua orang di seluruh dunia bukan nak celebrate semata-mata untuk memeriahkan suasana, tapi dengan harapan yang tahun akan datang ni mendatangkan lebih banyak kejayaan yang bakal tercapai.

Walaupun ada sesetengah sambutan yang bunyi ekstrem sangat macam bakar patung besar, buang perabot, atau buang hadiah, tapi tu dah jadi sebahagian daripada budaya negara dorang. Yang penting, kita kena hormati kepercayaan masing-masing dan tak salah pun kalau kita cuba sambut cara dorang kalau kita kat negara tu untuk sambutan tahun baru. Asalkan, tak menyalahi undang-undang dan agama masing-masing.


Atau… korang masih berdebar dan tak sedia lagi nak masuk Tahun Baru 2019?

Imej dari giphy

No comments