Wallpaper Bajet Pasang Pada Lantai Dapur...Cantik Sangat
Wallpaper Bajet Pasang Pada Lantai Dapur...Cantik Sangat
Kurang la kebarangkalian nak terkoyak tu.
foto dari google
Nak raya ni macam-macam perkara yang kita mula fikirkan untuk cantikkan segenap ruang. Bukan sahaja ruang tamu, dapur pun perlu dirias cantik menjelang raya. Ada sahaja idea kita nak cantikkan rumah.
Selain semangat nak beraya, mood memasak juga perlu dibangkitkan bagi elakkan rasa bosan di dapur. Barulah semangat nak masak sepanjang berpuasa.
Kalau kreatif lagi anda bolehlah mengikut jejak langkah wanita bernama Nabila Hashim yang memasang wallpaper pada lantai dapurnya yang rosak akibat proses renovasi rumahnya.
Menariknya dia hanya menggunakan kos yang cukup murah, iaitu pada harga RM18 sahaja untuk mengubah keseluruhan lantainya. Memang berbaloi. Cantik pulak tu.
Menariknya dia hanya menggunakan kos yang cukup murah, iaitu pada harga RM18 sahaja untuk mengubah keseluruhan lantainya. Memang berbaloi. Cantik pulak tu.
Jom ikut langkah yang dikongsikannya di blog peribadinya, menggapaicintailahi.blogspot.my.
Amaran! Ini memang bajet murah sangat, jadi janganlah bajet hasilnya gempak sangat ye.
Memang jimat habis ni. Lantai dapur ni jadi buruk sebab dari kesan renovation kat bahagian ni. Ada beberapa kesan mozek yang terpecah.
Kredit Foto: menggapaicintahi.blogspot.com
Sekarang ni kan hot dengan wallpaper. Semua kerja, benda nak guna wallpaper. Kalau nak dibandingkan dengan mengecat, dah tentu la wallpaper lagi senang kan. Tak ada nak kena cuci tangan dengan tinner bagai.
Baru-baru ni, Lima Sen Jaya, dah restock wallpaper baru. Banyak la pilihan dan corak pun cantik. Saya pun terus pilih corak yang sama, 8 gulung corak kayu, 1 gulung corak bunga yang dah pernah beli sebelum ni. Jadi 9 gulung ni saya beli dengan jumlah bayaran
RM18.00 sahaja.
RM18.00 sahaja.
Wallpaper ni sama jenama OLAB yang MR DIY jual dengan harga RM3.50. Tapi kat kedai ni, dia jual RM2. Gila jimat RM1.50!Mana tak orang borong banyakkk.. Memang laku keras la….
Tapi harus di ingat ye..wallpaper ni memang nipis je, memang senang sangat terguris. Saya dah prepare untuk kaki kerusi yang juga dibeli di MR DIY.
Kurang la kebarangkalian nak terkoyak tu.
Sumber: Nabilah Hashim
Post a Comment