Jurugambar Rakam London Disambar Petir 20,000 Kali
Jurugambar Rakam London Disambar Petir 20,000 Kali
sumber:Mstar
DIANGGARKAN petir menyambar antara 15,000 dan 20,000 kali di United Kingdom, termasuklah di Shard, London, yang berjaya dirakam jurufoto.
Hujan lebat turut melanda selatan England dan Midlands sewaktu fenomena ribut petir itu melanda.
Ahli kaji cuaca BBC, Tomasz Schafernaker menerusi laman Twitter menulis: "Ibu segala ribut petir melanda London. Oh, ini sangat gila.
"Saya tak pernah lihat ribut dengan kilat sekerap ini sepanjang hidup saya. Bunyinya tidak begitu kuat tetapi cahayanya sangat hebat," katanya lagi.
Ribut yang melanda kota itu turut dirasai di sekitar Big Ben dan Westminster.
"Suhu sepanjang malam tidak jatuh bawah 15 atau 16 darjah celsius, ia agak panas dan lembab kalau diikutkan untuk penghujung bulan Mei.
"Ada juga ribut yang datang dari utara Perancis dan sedang mara ke sini," ujar ahli metereologi Met Office, Charlie Powell.
Briged Bomba London berkata, mereka menerima lebih 500 panggilan berkenaan fenomena itu pada malam kejadian.
Malah, hampir 1,000 hartanah di Midlands bergelap kerana kejadian itu.
Sebuah pondok telefon turut terbakar setelah dipanah petir di Dawlish, Devon.
Fenomena cuaca itu turut menyebabkan banyak penerbangan di lapangan terbang Stansted ditangguhkan.
Post a Comment