Header Ads

Orang Indonesia Minum Air Bawang Redakan Asma

Orang Indonesia Minum Air Bawang Redakan Asma

Penyakit asma memang tidak boleh disembuhkan namun terdapat pelbagai cara untuk meredakan serangan asma dan salah satu yang paling popular di kalangan masyarakat indonesia adalah minum air bawang.
Gejala asma muncul disebabkan saluran udara mengalami peradangan dan akhirnya membuat saluran tersebut membengkak dan tersumbat sehingga menyebabkan anda rasa susah untuk bernafas.
Jadi apa kaitannya penggunaan bawang untuk melegakan simpton tersebut?
Bawang merah sering dijadikan bahan alternatif untuk membantu meredakan serangan asma kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi termasuk vitamin C, Sulfur serta Quercetin dan anthocyanin cyanidin.
Sebuah penyelidikan tahun 2015 yang dimuat naik dalam DARU Journal of Pharmaceutical Sciences mengatakan kesemua jenos antioksidan ini saling bekerja sama mengurangkan efek peradangan dalam tubuh dan melebarkan bronkus.
Selain itu, kandungan antiradang, antioksidan, antibakteri, dan antivirus dari bawang merah juga mampu membantu sistem kekebalan tubuh bekerja lebih efisien untuk melawan infeksi yang terkait masalah paru-paru dan pernafasan.

No comments