Header Ads

Kisah Tun M Bila Jumpa Sultan Johor

Kisah Tun M Bila Jumpa Sultan Johor

‘Saya dan baginda setuju terus terang, tak sembunyi-sembunyi’

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan dirinya bersetuju untuk bercakap terus terang antara satu sama lain.
“Saya boleh berkomunikasi dengan dia. Kita bersetuju supaya kita frank, cakap secara terus terang, tak ada sembunyi-sembunyi.

“Dia bagi dia punya pandangan, saya beri saya punya pandangan,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai hubungannya yang tegang dengan Istana Johor sebelum ini.

Terdahulu, Mahathir mengadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene di Johor Bahru.
Selepas pertemuan itu, Sultan Johor mencemar duli dengan menghantar Mahathir Mohamad ke lapangan terbang antarabangsa Senai.
Baginda bahkan memandu sendiri kereta Proton Saga biru dengan nombor pendaftaran Proton 1 keluaran pertama yang dinaiki Mahathir.

Jarak perjalanan Sultan Ibrahim pandu kereta bawa Tun M ke airport

Kenderaan berwarna biru yang dipandu Sultan Johor itu melalui perjalanan sejauh kira-kira 25 kilometer antara Istana Bukit Serene ke lapangan terbang.

Kenderaan dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu dipersembahkan Dr Mahathir kepada Almarhum Sultan Iskandar ketika baginda menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong pada 9 Julai 1985.

Proton Saga adalah model terawal yang menandakan bermulannya Malaysia sebagai negara pengeluar kenderaan.

Sebelum itu, Dr Mahathir tiba di istana untuk mengadakan pertemuan dengan Sultan Ibrahim pada pukul 4 petang.

Ia adalah pertemuan pertama antara Dr Mahathir dan Sultan Ibrahim selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menurut sumber pejabat Perdana Menteri, pertemuan itu diadakan atas permintaan Sultan Ibrahim beberapa minggu lalu.

YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengadap DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Turut mengiringi kenderaan rasmi Dr Mahathir ialah Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian. Pertemuan empat mata antara Tuanku Sultan dan YAB PM bermula pukul 4 petang, dan diikuti dengan jamuan petang yang berakhir pada pukul 5.25 petang.

‘Saya hadiahkan Proton Saga pada bapa baginda, tak rosak lepas 34 tahun’

455b030c67006afc7437988af293c2e0.jpeg

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengimbas kembali saat beliau menghadiahkan Proton Saga generasi pertama kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, lebih tiga dekad lalu.

Beliau memberitahu hal itu kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan menaiki kereta itu yang dipandu anakanda Sultan Iskandar iaitu Sultan Johor Sultan Ibrahim, petang ini.

Ditanya tentang perasaannya, Mahathir berkata: “Sangat bagus (untuk) kereta berusia 34 tahun… Dijaga dengan baik. Ia kereta manual…steering sangat bagus. Tidak rosak.”

“Saya fikir ini endorsement yang baik untuk Proton. Masih berfungsi (dan) sudah dipandu sejauh 32,000 km. Dulu harganya RM17,000, sebab itu saya boleh berikannya sebagai hadiah,” katanya lagi.

Mahathir yang mengilhamkan idea kereta nasional itu menghadiahkan kereta Proton Saga berwarna biru dengan nombor pendaftaran ‘Proton 1’ kepada Sultan Iskandar pada 1985.
Ketika itu Sultan Iskandar menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu Mahathir mengadap Sultan Ibrahim selama sejam di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Menurutnya, kedua-duanya bersetuju untuk berterus-terang antara satu sama lain.
“Saya boleh berkomunikasi dengan dia. Kita bersetuju supaya kita frank, cakap secara terus terang, tak ada sembunyi-sembunyi. Dia beri pandangannya, saya beri pandangan saya,” katanya lagi.




Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor

No comments