Header Ads

Kasut PM Australia Jadi Bahan Jenaka

Kasut PM Australia Jadi Bahan Jenaka

Imej kasut sebelah kanan Morrison yang jelas disunting. - Twitter

PERDANA MENTERI Australia, Scott Morrison menyalahkan pekerjanya kerana gagal menyunting fotonya dengan baik sehingga menjadi bahan jenaka netizen.

Apabila gambar keluarganya dimuat naik ke laman web rasminya, perhatian netizen tertumpu kepada kasutnya yang jelas telah disunting.


Imej kasut sebelah kiri 'dipakaikan' ke atas kaki kanan Morrison.

 yang menggelikan hati adalah, imej kasut sebelah kiri yang disunting telah tersalah letak di atas imej kasut sebelah kanan. Morrison memaklumkan tiada kelulusan atau kebenaran diberikan untuk gambar itu disunting, lapor The Guardian.





story of 2019: our latest PM (ScoMo) had nice white shoes photoshopped onto his feet for his official http://pm.gov.au  site?! Yup. Regular bloke. Our tax dollars hard at work.


Morrison bagaimana tidak berkecil hati apabila gambar itu menjadi meme dan bahan troll netizen, apabila memuat naik status berikut ke akaun Twitternya.

Dalam nada bergurau, beliau sebaliknya berkata: "Saya tidak minta kasut dikilatkan, tetapi kalau hendak guna Photoshop pun, tumpukan kepada rambut saya (kekurangannya), bukan kasut!"





Message to my Department (PM&C): I didn’t ask for the shoeshine, but if you must Photoshop, please focus on the hair (lack thereof), not the feet! 😀
Here they are in all their glory - my footwear of choice whenever I can get out of a suit.


Carian terbaharu di laman web rasminya menunjukkan gambar itu telah diganti dengan gambar asal.

No comments