Header Ads

Teh Tarik Di Kota London

Teh Tarik Di Kota London
Anda rindukan teh tarik setelah begitu lama berjalan-jalan di kota Eropah? Atau mungkin inginkan sedikit rasa makanan Malaysia yang telah sebati dalam jiwa?
Jangan risau, banyak restoran di London yang menghidangkan makanan Malaysia jika anda pandai mencari!

1. Rasa Sayang

Terletak di kawasan Chinatown di London dan merupakan satu-satunya restoran berstatus halal di Chinatown buat masa sekarang, restoran ini menghidangkan pelbagai menu yang diinspirasikan dari makanan Malaysia. Menunya sentiasa berubah mengikut masa tertentu dan sudah pasti menyajikan makanan terbaik Malaysia. Antara menu popular di sini termasuklah nasi goreng, nasi lemak dan rendang daging. Ada juga dijual pencuci mulut seperti sagu gula melaka. Bagi mereka yang rindukan makanan Malaysia bolehla berkunjung ke sini.
Waktu Operasi: Isnin-Khamis (12.00 pm – 11.00 pm), Jumaat-Sabtu (12.00 pm – 12.00 am), Ahad (11.30 am – 9.30 pm)
No Telefon: +44 20 7734 1382
Alamat: 5 Macclesfield Street London, W1D 6AY



1
Kredit: Kake di Flickr





1.1.jpg
Kredit: Kake di Flickr
1.2.jpg
Kredit: Kake di Flickr

2. Satay House

Ditubuhkan semenjak tahun 1973, restoran ini telah mendapat tempat di hati masyarakat dan para pengunjung kota London selama lebih 30 tahun. Sudah tentu makanan yang paling istimewa di sini ialah satay! Restoran ini cukup popular dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Perancis dan sudah tentu rakyat Malaysia.
 Malah, restoran ini pernah dikunjungi oleh selebriti terkenal seperti Michelle Yeoh dan Jimmy Choo! Antara makanan yang boleh didapati dalam menu ialah satay kambing, satay ayam, begedil, popiah goreng, nasi lemak, nasi goreng, beriani, mee goreng, mee bandung, nasi ayam, kari laksa dan banyak lagi.
Waktu Operasi: Makan Tengahari (12.00 pm – 3.00 pm), Makan Malam (6.00 pm – 11.00 pm) Setiap Hari.
No Telefon: +44 020 7723 6763
Alamat: 13 Sale Pl, Paddington, London W2 1PX, UK



2.jpg
Kredit: Kake di Flickr

3. Melur Malaysian Restaurant

Restoran ini biasa menerima tempahan untuk pelbagai acara seperti perkahwinan dan sambutan hari jadi. Restoran ini boleh memuatkan sehingga 120 orang pengunjung pada satu-satu masa. Suasana restoran yang agak selesa menjadikan tempat ini sesuai untuk pelbagai acara. Antara menu istimewa yang dihidangkan ialah mee goreng, nasi goreng, char koey tiaw, nasi campur dan bihun goreng. Mudah untuk anda menjumpai restoran ini kerana papan tandanya yang ikonik.
Waktu Operasi: Isnin-Sabtu (12.00 pm – 11.00 pm), Ahad (12.00 pm – 11.30 pm)
No Telefon: +44 20 7706 5083
Alamat: 175A Edgware Rd, Paddington, London W2 1ET, UK



3
Kredit: Kake di Flickr

4. Roti King

Restoran ini cukup terkenal terutamanya dalam kalangan penduduk tempatan, blogger dan vlogger. Malah, banyak vlog di Youtube yang memaparkan restoran ini. Ini membuktikan bahawa makanan yang dihidangkan di Roti King memang sedap! Sesuai dengan namanya, menu istimewa sudah tentu makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu roti canai. Menu yang sering dipesan oleh para pengunjung ialah kopi putih, teh tarik, roti canai, dan mee goreng. Jangan lepaskan peluang untuk melepaskan rindu anda kepada teh tarik!
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (12.00 pm – 3.00 pm, 5.00 pm – 10.30 pm), Sabtu (12.00 pm – 10.30 pm), Ahad (Tutup)
No Telefon: +44 20 7387 2518
Alamat: 40 Doric Way, London NW1 1LH, UK



4.jpg
Kredit: Kake di Flickr

5. Dapur

Apa yang unik tentang Dapur Cafe ialah menunya yang berubah setiap hari. Anda boleh periksa di FB Dapur untuk mengetahui dengan lanjut apa yang dihidangkan. Ia juga menawarkan perkhidmatan penghantaran untuk kawasan yang berdekatan. Suasana yang selesa dan makanan homemade yang dihidangkan membuatkan anda berasa seperti seorang tetamu. Ia turut digemari oleh penduduk tempatan. Dapur Cafe juga menawarkan perkhidmatan katering buat kumpulan kecil dari 15 hingga 40 orang. Antara menu yang ditawarkan termasuk nasi impit dan kuah kacang, rendang daging, nasi lemak, nasi minyak, bubur pulut hitam, karipap, ayam masak merah, dan pajeri terung.
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11.30 am – 3.00 pm), Sabtu-Ahad (Tutup)
No Telefon: +44 20 7405 4659
Alamat: 13 Lamb’s Conduit Passage, London WC1R 4RH
Menu: Berubah setiap hari. Contoh menu Dapur Cafe. 



5.1.jpg
Kredit: Dapur di Facebook
5.2.jpg
Kredit: Dapur di Facebook


6. Cafe Rasa Malaysia

Cafe Rasa Malaysia mula beroperasi semenjak tahun 2015. Makanan yang dihidangkan dijamin 100 peratus halal. Bahan-bahan yang digunakan dalam masakan cukup berkualiti dan segar. Antara menu yang dihidangkan termasuklah mee goreng mamak, nasi lemak, roti canai, kuih-muih, satay, koey tiaw goreng, murtabak dan karipap. Kafe ini mempunyai dua cawangan di London.
Waktu Operasi: Isnin-Sabtu (7.30 am – 11.00 pm), Ahad (Tutup).
No Telefon: +44 7581 397235
Alamat: Ground Floor, RASA Malaysia, Westfield, Stratford, London E20 1EJ
Menu:



6.jpg
Kredit: Cafe Rasa Malaysia di Facebook





6.2.jpg
Kredit: Cafe Rasa Malaysia di Facebook

7. Jakarta

Restoran ini ialah restoran yang dikategorikan sebagai Muslim-friendly di mana makanan vegetarian boleh dihidangkan atas permintaan pelanggan. Daging ayam yang dihidangkan juga halal tetapi anda boleh bertanyakan lebih lanjut untuk kepastian. Antara makanan Malaysia yang dihidangkan ialah nasi goreng, kari ayam, mee goreng dan air laici. Uniknya restoran ini kerana ia menggabungkan makanan Thai, Indonesia dan Malaysia.
Colindale
Waktu Operasi: Selasa-Khamis (12.00 pm – 2.30 pm, 5.00 pm – 10.00 pm), Jumaat-Sabtu (12.00 pm – 3.00 pm, 5.00 pm – 11.00 pm), Ahad (12.00 pm – 4.00 pm, 5.00 pm – 10.00 pm), Isnin (Tutup)
No Telefon: +44 20 8205 3335
Alamat: 7 Sheaveshill Parade, Sheaveshill Ave, London NW9 6RS, UK
Menu: Menu Jakarta



7.jpg
Kredit: Kake di Flickr


8.MAKAN CAFE,NOTTING HILL

Cafe ini pula terletak di bawah Westway flyover di Portobello Road Market. Agak jauh jika anda mahu berjalan kaki dari dari Notting Hill Gate Station tetapi lebih dekat jika berjalan dari Ladbroke Grove Station.
Mereka menyediakan sarapan pagi yang enak seperti Nasi Lemak, English Breakfast dan macam-macam lagi yang anda boleh cuba.
Cuma bila anda datang kesini pastikan anda selesai makan sebelum jam 7 malam kerana tiada perkhidmatan bas atau teksi yang akan melalui disini selepas jam 7 malam.
Oleh kerana owner Makan Cafe, Mek Ani(panggilan keluarga sebelah ayah saya di Terengganu),kami cari juga dah alang-alang ke London,malangnya pekerja disana bagitahu Mek Ani ada di kedai satu lagi iaitu di Malaysia Hall..hurmm
Opss..teh tarik pun ada disini
Hehehe..sudahnya kami anak beranak terpaksa berjalan kaki cari tempat laluan teksi,jauh sikit la..
Closed (Opens at 9:30am – 9:30pm)  ·  Malaysian  ·  Costs £20 for two

Diharap dengan senarai ini akan meredakan kerinduan anda terhadap makanan Malaysia!

No comments