Khabar Angin Bertiup..Meghan Markle Hamil?
Khabar Angin Bertiup..Meghan Markle Hamil?Kecoh di media sosial sekarang ini memperkatakan yang mana The Duchess of Sussex telah hamil, namun sejauh mana kebenaran itu? Jawapannya di bawah ini.
Gambar : Getty Images
Lumrah kehidupan, setiap kali seseorang mengakhiri zaman bujang mereka, soalan yang akan sering diajukan oleh orang di sekeliling adalah ‘bila ingin mempunyai anak?’.
Soalan tersebut tidak dikecualikan dari kehidupan pengantin baru buat Putera Harry dan Meghan Markle.
Soalan tersebut tidak dikecualikan dari kehidupan pengantin baru buat Putera Harry dan Meghan Markle.
Sejurus selepas mereka selamat berkahwin dan mendapat gelaran Duke dan Duchess of Sussex, buah mulut tentang perancangan keluarga pasangan ini mula diperkatakan. Ia bermula pabila Meghan tampil dalam sepersalinan rekaan Oscar de la Renta di sebuah majlis perkahwinan keluarga dan spekulasi mengenai pasangan ini sedang menunggu zuriat pun bermula.
Namun, hakikatnya Duchess of Sussex ini belum lagi hamil kerana menerusi sekeping gambar terbaru, ia dapat membuktikan sepenuhnya yang mana Meghan tidak hamil sekarang ini.
Menerusi sebuah gambar yang diambil di Dublin, di mana Meghan dan Harry menghadiri Summer Party di British Ambassador di Ireland residen yang terletak di Glencairn House, ahli baru dalam keluarga diraja Britain ini dilihat sangat jelas sedang menikmati minuman champagne.
Umum tahu yang mana segelas mahupun dua gelas pengambilan minuman alkohol adalah sangat berisiko buat wanita hamil. Jadi sudah pastinya mengambil minuman alkohol kala mengandung lebih-lebih lagi di awal fasa kehamilan adalah satu perkara yang Meghan tidak akan lakukan.
Ia tidaklah bermakna yang mana pasangan ini tidak mahu mempunyai anak dalam masa terdekat ini.
Anda boleh melihat sendiri reaksi Harry terhadap Meghan kala ikrar perkahwinan dibacakan yang berbunyi, “[Marriage] is given as the foundation of family life in which children are born and nurtured“. Harry berpusing ke arah Meghan dan memberikan senyuman yang mana Meghan turut membalas senyuman itu dengan penuh semangat.

Pasangan diraja ini turut pernah memberi klu kepada orang ramai yang mana mereka merancang untuk membesarkan keluarga mereka.
Pada bulan Mac lalu, ketika lawatan rasmi pasangan ini ke Ireland, Belfast dan kemudian di Northern Ireland, Meghan menyapa seorang usahawan yang menghasilkan produk barangan bayi dengan mengatakan, “I’m sure at some point we’ll need the whole thing.“
Malah ketika sebuah interviu selepas pertunangan mereka sebelum ini di BBC pada November lalu, subjek tentang zuriat turut diulas. Harry menjawab yang mana mereka sudah pastinya akan merancangnya.
“I think eventually, one step at a time…we’ll start a family in the near future,” kata Harry.
Post a Comment