Header Ads

Lelaki Rakam Rumah Paling Buruk Di Belgium Di Kecam

Lelaki Rakam Rumah Paling Buruk Di Belgium Di Kecam

BRUSSELS, Belgium – Seorang lelaki di sini merakam dan berkongsi sejumlah gambar di Instagram yang menunjukkan pelbagai kediaman yang dianggap sebagai rekaan paling buruk di Belgium.

Hannes Coudenys menerusi akaun Instagram, Ugly Belgian Houses sudah memuat naik lebih 1,400 gambar kediaman dengan seni bina pelik, suatu kelainan berbanding orang ramai yang gemar berkongsi imej rumah cantik di media sosial.


Koleksi gambar yang dikumpul sejak lapan tahun lalu itu memaparkan rumah binaan luar biasa disertakan dengan kapsyen yang mencuit hati selain menarik lebih 55,000 pengikut di laman sosialnya.

Tidak terhenti di situ, Coudenys turut menghasilkan sebuah buku koleksi gambar kediaman berjudul Ugly Belgian Houses: Don’t Try This At Home.

Dia menyatakan rumah pelik atau luar biasa dibenarkan pembinaan di negara itu disebabkan undang-undang Belgium yang disifatkan agak bebas.

“Saya boleh katakan hampir 90 peratus rakyat Belgium memarahi saya. Saya turut menerima banyak e-mel dan surat daripada peguam,” katanya yang menambah ada pihak tidak menyukai hobinya itu. – Agensi

No comments