Header Ads

Kacak Sangat,Taukeh Durian Tolak Lamaran Calon Menantu

Kacak Sangat,Taukeh Durian Tolak Lamaran Calon Menantu

Tindakan seorang bapa dari Thailand, Anont Rotthong yang menawarkan wang bernilai RM1.2 juta (10 juta Baht) kepada calon menantunya, telah menyaksikan dia menerima lebih 10,000 permohonan.

Menurut laporan Astro Awani, daripada ribuan individu yang menghantar permohonan, salah seorang telah menjadi tular di media sosial, iaitu, Premyosapon Khongsai, 28 tahun.

Menerusi posting di Facebook, Khongsai memberitahu dia juga berminat untuk menjadi menantu kepada Anont.

"Keluarga saya juga bertanam durian di wilayah Trat. Kami ada lebih 300 pokok. Saya boleh tahan dalam cuaca panas dan hujan. Saya juga boleh memandu trak beroda 10, serta traktor," katanya.

Perkongsian Khongsai mendapat lebih 14,000 reaksi Like namun dia bukan calon yang digemari Anont.

"Dia terlalu kacak," katanya, sambil menambah, dia risau lelaki itu akan menghan,curkan hati anaknya, Kanjasita Rotthong, 26 tahun, satu hari nanti.

Sementara itu, dalam satu temu bual bersama stesen televisyen tempatan pada Rabu, Kanjasita menyifatkan perkara itu kelakar pada awalnya, tetapi kini tidak lagi, setelah ia menjadi tular.

Katanya kepada Bangkok Post, dia menghormati pendekatan yang diambil bapanya dalam membantunya mencari calon suami tetapi keputusan akhir tetap bergantung kepadanya sebagai tuan punya badan.

Pada Rabu, Anont berkata pertandingan mencari calon menanti itu dibatalkan.

Katanya, keluarga dan perniagaannya terganggu dengan perhatian yang diterima dari orang ramai, tetapi dia tetap akan memberi 10 juta Baht kepada sesiapa sahaja yang mengahwini anaknya.


Sumber : gempak.com

No comments