Header Ads

Misteri Imej Nabi Muhammad SAW Semakin Pudar Di Menara Memorial Birch

Misteri Imej Nabi Muhammad SAW Semakin Pudar Di Menara Memorial Birch

Ipoh terkenal dengan banyak bangunan-bangunan klasik era kolonial yang dibina oleh British sesuai dengan kedudukan bandar ini sebagai pusat pentadbiran British untuk negeri Perak.

Ini menunjukkan betapa pihak British merasakan bandar ini strategik untuk kepentingan mereka disamping hasil bijih timah yang banyak disekitar Lembah Kinta.



Menara Jam Memorial Birch yang terletak di sebelah Masjid Negeri Perak dibina pada tahun 1909 sempena memperingati ulang tahun kematian ke 34 Residen British Perak yang pertama iaitu J.W.W Birch.

Beliau maut ditangan pembesar-pembesar Melayu dalam kisah kebangkitan Melayu Perak yang terkenal di Pasir Salak.

Menariknya mengenai menara jam yang dibina dengan kos 25,000 pound sterling ini ialah ianya dirasmikan oleh Residen British Perak ke-8 diketika itu iaitu Sir Ernest Woodford Birch.

Beliau juga merupakan anak sulung kepada J.W.W Birch dan menjadi Residen Perak dari tahun 1904 hingga 1910. Sir Ernest Woodford Birch juga mengingatkan Sultan dan pembesar-pembesar Melayu diketika itu agar tidak melupakan kisah pembunuhan bapanya itu dan berharap agar hubungan baik diantara pihak British dengan Perak selepas peristiwa tersebut dapat diteruskan demi pembangunan pesat negeri Perak.

menara jam memorial jww birch

Menara ini mempunyai 1 jam besar berukuran 6 kaki x 6 inci serta 4 jam kecil dan disertakan sistem untuk dibunyikan sama seperti Menara Jam Big Ben di bangunan Parlimen di London.



Ketika awal-awal menara ini berfungsi diceritakan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan menara jam tersebut kagum dan hairan bagaimana jam di menara tersebut boleh berbunyi dengan sendiri dan bunyinya dikatakan agak menakutkan diwaktu malam.

baca juga
MISTERI LOCENG JAM BERBUNYI SENDIRI DAN IMEJ NABI MUHAMMAD SAW DI MENARA JAM MEMORIAL JWW BIRCH,IPOH

 Disekeliling menara jam tersebut diletakkan 4 patung terakota yang mengambarkan 4 prinsip pentadbiran British iaitu Kesetiaan (digambarkan dengan patung yang memegang pedang dan perisai), Keadilan (digambarkan dengan patung buta yang memegang neraca), Kesabaran (digambarkan dengan patung yang tiada senjata) dan Ketabahan (digambarkan dengan patung dengan riak muka tenang dan memegang tombak).

Misteri Imej Pudar Di Menara Memorial Birch




Terdapat juga panel yang mengambarkan figura pembangunan tamadun-tamadun dunia di keempat-empat sisi menara jam tersebut. Salah satu daripada 44 figura tersebut ialah imej Nabi Muhammad.

Namun imej Nabi Muhammad itu telah dipudarkan dengan cat putih pada 1990-an setelah sekian lama mendapat bantahan bukan sahaja oleh penduduk beragama Islam di sekitar Ipoh, malah seluruh dunia yang marah dengan isu ini pada waktu itu.

No comments