Header Ads

Lonely Planet Pilih 10 Destinasi Yang Wajib Anda Lawati Pada Tahun 2019

Lonely Planet Pilih 10 Destinasi Yang Wajib Anda Lawati Pada Tahun 2019
pelancongan popular, Lonely Planet membariskan 10 destinasi menarik untik dikunjungi menjelang 2019 depan.


Haaa bolehlah anda semua buat perancangan kalau berminat yer. Ada negara yang mahal dan ada yang murah. Pilih saja mengikut bajet anda.



1. Copenhagen, Denmark
Dengan kesibukan gerai makan di kaki lima, lokasi ski dan mendaki yang luar biasa, Copenhagen menjadi pilihan utama Lonely Planet untuk mereka yang gemar melamcong.

Bagaimanapun Copenhagen sangat terkenal dengan golongan LGBT,Jadi tepuk dada tanya selera



2. Shenzen, China
Perkampungan Silikon China ini mengalu-alukan kehadiran pelancong kerana mereka memiliki gaya hidup tersendiri. Di kota ini dipenuhi pemuzik Indie jalanan serta hasil seni luar biasa.



3. Novi Sad, Serbia
Digambarkan sebagai kota yang kaya dengan tenaga kreatif, bandar ini akan menjadi tuan rumah kepada festival musim panas yang dikenali sebagai EXIT pada Julai 2019.



4. Miami, Florida
Miami bukan saja memiliki pantai yang digilai ramai dan hiburan malam yang mengasyikkan, malah kaya dengan hasil seni.



5. Kathmandu, Nepal
Walaupun ibukota ini masih dalam proses pemulihan selepas gempa bumi yang berlaku di negara itu pada 2015, Kathmandu adalah sebuah bandar unik yang ada pelbagai bangunan bersejarah. Berada di sana seakan kembali kepada dua dekad yang lampau.



6. Mexico City, Mexico
Ibu negara Mexico ini menyediakan bangunan-bangunan pra-Hispanic dengan fasiliti moden sehingga dinobatkan World Design Capital vari-baru ini.



7. Dakar, Senegal
Digelar sebuah kota di Afrika yang paling dinamik, Dakar menghidangkan pantai yang cantik, pasar yang unik dan hiburan malam yang pelbagai kepada pelancong untuk dinikmati.



8. Seattle, Washington
Walaupun dikenali dengan bandar yang kerap hujan, Lonely Planet menggelarkan kota ini sebagai ‘bijak, progresif dan penuh dengan tenaga kreatif’.



9. Zadar, Croatia
Kota ini kaya dengan sejarah yang membuatkan pelancong menikmati jiwa Croatia tanpa serabut seperti yang ada di Dubrovnik.



10. Meknes, Maghribi.
Terletak 300 batu jarak dari lokasi popular Marrakesh, Meknes menawarkan makam-makam lama yang telah dibaik pulih dan dibuka kepada umum tidak lama lagi.



Itu pilihan Lonely Planet. Pilihan anda bagaimana?

No comments