Header Ads

Alamak!! Sydney Silap Sambut Tahun Baru

Alamak!! Sydney Silap Sambut Tahun Baru

SYDNEY, Australia – Dalam kemeriahan menjadi antara bandar raya pertama menyambut ketibaan 2019, satu kesilapan besar berlaku ketika pertunjukan bunga api di Sydney, semalam berlangsung sehingga menjadi bahan jenaka dalam media sosial.

Ketika lebih sejuta pengunjung menikmati pertunjukan lebih 100,000 bunga api di langit malam di atas Jambatan Pelabuhan Sydney, sebilangan daripada mereka mengesan kesilapan paparan ayat Happy New Year 2018 (Selamat Tahun Baru 2018) pada salah satu gerbang batu di jambatan tersebut.


“Kita cuma ada satu tugas Australia!! Apa pun, selamat tahun baru,” kata seorang pengguna di laman web Reddit yang berkongsi gambar kesilapan tersebut.

Sebahagian besar pengunjung tidak menyedari kesilapan itu disebabkan suasana bising dan kemeriahan ketika pertunjukan bunga api paling besar dalam sejarah bandar ini berlangsung. Punca kesilapan pada paparan tersebut masih belum diketahui.


Gambar, rakaman video dan siaran langsung pertunjukan bunga api selama 12 minit itu memulakan siri sambutan Tahun Baru 2019 yang berakhir di bandar seperti Los Angeles, San Francisco dan Las Vegas, 19 jam selepas sambutan di Sydney.

sumber– Agensi

No comments