Trevor Pottelberg, 42, yang merupakan pensyarah fotografi di Kanada berpendapat, wajah misteri itu mungkin roh kelasi yang terkorban semasa kapalnya karam di kawasan laut berhampiran.
Menurut laporan, gambar itu dirakam di kawasan Port Stanley di sini sewaktu angin kencang meniup permukaan air sekali gus membentuk ombak.
“Saya merasakan ia roh seorang kelasi yang karam bersama kapal mereka. Ia kemudiannya dikejutkan dan bangkit semasa ribut kuat,” katanya.
Satu imej seakan-akan wajah menyeramkan kelihatan pada ombak besar di Tasik Erie baru-baru ini.

– Agensii