Header Ads

Kenali Ayah Tun M,Perwatakannya Di Kagumi

Mohammad Iskandar merupakan seorang tokoh pendidikan yang masyhur di Kedah.

 Beliau dilahirkan pada tahun 1880 di Pulau Pinang dan menerima pendidikan awal di Penang Free School. Setelah tamat peperiksaan “School Certificate” beliau telah mengikuti Normal Class untuk menjadi seorang pendidik.



Negeri Kedah memulakan zaman pembangunan semasa beliau menjadi seorang pendidik. Kerajaan telah menjemput beliau untuk menubuhkan sebuah sekolah Inggeris di Alor Star memandangkan pengalaman beliau yang begitu meluas dalam bidang pendidikan.

Masalah yang dihadapi oleh beliau pada ketika itu ialah sambutan yang dingin oleh ibu bapa tentang pembukaan sekolah Inggeris yang baru itu. 

Dengan berkat usaha beliau bilangan pelajar kian bertambah dari 12 orang ke 97 orang pada tahun 1909. Peningkatan bilangan pelajar pula telah menimbulkan masalah lain seperti kekurangan guru dan bilik darjah. Guru-guru tambahan dilantik namun begitu, masalah bangunan tambahan masih tidak dapat diatasi.



“Saya membesar dalam sebuah keluarga yang sangat berdisiplin. Bapa saya mengurus rumah seperti bilik darjah. 

Terdengar sahaja bunyi batuk ketika beliau pulang sudah cukup untuk kami bertempiaran lari mencari buku.” katanya dalam temu bual dengan penulis J. Victor Morais dalam buku Mahathir

Oleh itu beliau mengajar murid-muridnya di bawah pokok dan keadaan ini bertambah sukar apabila hujan turun. Walaubagaimanapun, beliau telah berjaya menunjukkan sikap beliau sebagai seorang pendidik yang berdedikasi dan berjaya.



Daripada raut wajahnya,jelas terpancar karisma seorang pendidik yang tegas. Sebab itulah anak lelakinya bukan saja menjadi seorang Doktor Melayu pertama membuka klinik swasta di Kedah malahan menjadi arkitek pembangunan Malaysia selama 22 tahun.


Pasti ramai yang sudah kenal akan Tun M yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia paling lama dalam sejarah negara. Disebabkan ada pihak yang cuba membuka latar belakang Tun M, maka pada masa yang sama, laman rasmi Facebook Mukhriz Mahathir FC telah mendedahkan fakta sebenar mengenai Tun.

 Inilah Biodata Tun Dr Mahathir Bin Mohamad yang akan mengejutkan kita semua.


Nama penuh Tun M ialah Tun Dr Mahathir Bin Mohamad Bin Iskandar. Ayah Tun M ialah Mohamad manakalah datuknya ialah Iskandar.

 Datuknya merupakan berasal dari Kerala, India. Menurut laman itu, Kerala bukan bangsa asal India tetapi berketurunan Yaman. 

Datuknya telah dihantar ke Tanah Melayu oleh Syarikat Hindia Timur untuk mengajar Bahasa Inggeris di Istana. Kemudian datuknya telah berkahwin dengan seorang wanita dari Johor bernama Siti Hawa. Hasil daripada perkahwinan tersebut maka lahirlah Mohamad pada tahun 1881 iaitu ayah kepada Tun M.



Ayah kepada Tun M iaitu Mohamad telah berkahwin dengan seorang wanita bernama  Wan Tempawan Bt Wan Hanafi. Maka lahirlah Tun Dr Mahathir. Lebih mengejutkan, Ayah Tun M merupakan pengetua pertama di Kolej Sultan Abdul Hamid, di Kedah.

Sedikit latar belakang biodata Tun Dr Mahathir yang ringkas ini sahaja pun membuat kita merasa kagum akan beliau. Usinya telah mencecah 90 tahun. Pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. 
Wan Tempawan Bt Wan Hanafi


Sangat dikenali di kalangan negara-negara dunia ketiga kerana kelantanganya membela nasib negara membangun. Legasinya yang cukup ketara menyambung kerjayanya sebagai ahli pokitik adalah Mukhriz Bin Mahathir bekas Menteri Besar Kedah.


Akhir-akhir ini, Tun M masih aktif berpoliti dengan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu bersama dengan barisan parti pembangkang PKR, DAP dan Amanah. Tun M juga menjadi penasihat kepada gabungan pembangkang yang disebut sebagai Pakatan Harapan untuk mendepani BN. Dengan kedudukanya sekarang, boleh dikatakan Tun M telah bersama barisan pimpinan pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Mat Sabu, dan Lim Kit Siang yang pernah menjadi seteru politiknya suatu ketika dahulu.

Begitulah secara ringkas latar dan kehidupan semasa Tun M yang boleh diketahui umum. Walau siapa pun Tun M hari ini, beliau pasti pernah berjasa kepada pembangunan negara. Semoga Tun M sentiasa diberikan kesihatan dan dirahmati Allah.

No comments