Header Ads

Bangku Sembang Untuk Golongan Sunyi Di London

Bangku Sembang Untuk Golongan Sunyi Di London

LONDON - Polis di sebuah bandar di England menempatkan beberapa bangku awam khusus untuk tujuan mendapatkan kawan atau berbual dalam usaha memerangi masalah kesunyian, lapor portal berita Good News Network.

Dikenali sebagai ‘Bangku Sembang’, kerusi itu ditempatkan di dua buah taman awam berlainan di Somerset, barat daya England. Ia disertakan bersama papan tanda kecil menyatakan: “Duduk di sini jika anda tidak kisah seseorang singgah untuk berbual.”


Jabatan Polis Avon dan Somerset menyiarkan gambar ‘Bangku Sembang’ tersebut di Burnhan dan Taunton menerusi laman Facebook baru-baru ini.

Pihak berkuasa itu menggalakkan netizen supaya singgah dan menggunakan bangku itu untuk bersosial.

“Papan tanda ini dapat membantu merobohkan ‘tembok sosial’ yang wujud dalam kalangan orang asing semasa mereka berkongsi sesuatu tempat atau kemudahan. Kita semua boleh memainkan peranan masing-masing.


“Cuma singgah untuk berkata ‘hello’ kepada seseorang di ‘Bangku Sembang’ dapat membawa perubahan besar dan membantu menceriakan hidup golongan kesunyian dalam masyarakat,” kata jabatan polis berkenaan.

Menurut jabatan polis tersebut, 17 peratus warga tua di Britain hanya berhubungan dengan keluarga, rakan dan jiran kurang sekali dalam masa seminggu, mengakibatkan mereka berasa sunyi dan terasing.

Secara keseluruhan, kira-kira sembilan juta penduduk Britain mengalami sindrom kesunyian dan berasa terpencil pada setiap tahun.

sumber – Agensi

No comments