Header Ads

Cantik....TMJ Tayang Rambut Baru Isteri Selepas 10 Tahun

Cantik....TMJ Tayang Rambut Baru Isteri Selepas 10 Tahun

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil berkongsi penampilan terkini isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam menerusi potongan rambut baharu selepas 10 tahun tidak menukarnya.

Foto Che Puan Khaleeda dengan fesyen rambut terkini itu dikongsi oleh Tunku Ismail menerusi Instagram peribadinya yang mendapat pujian pengikutnya di laman sosial.
“Baby gotta new hair after 10 years,” tulisnya ringkas.


Rata-rata pengikut memuji Che Puan Khaleeda yang memiliki kejelitaan semula jadi, kelihatan lebih menawan dan muda dengan gaya rambut tersebut.

Mereka bersetuju gaya rambut boleh membuatkan penampilan wanita tampak lebih segar apatah lagi jauh lebih muda.

Tunku Ismai bernikah dengan Che Puan Khaleeda pada 24 Oktober 2014.

Pasangan bahagia itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim.
– MalaysiaGazette

No comments