Header Ads

Profesor Bagi Tips Cara Mandi Yang Betul Elak Dari Kena Stroke

Profesor Bagi Tips Cara Mandi Yang Betul Elak Dari Kena Stroke
Perkongsian buat semua 🖒
Tips cara mandi dengan betul.

Penjelasan daripada Profesor UiTM. Salah
cara mandi boleh mengakibatkan strok. Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada sakit tersebut. Insyaa Allah.
Perkongsian menarik kenapa ramai yang jatuh di bilik mandi dan terkena strok.
Kita selalu dengar orang jatuh di bilik mandi dan kena strok dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh di tempat-tempat lain?
Semasa saya hadir kursus gaya hidup sihat , seorang penceramah professor UiTM yang juga terlibat dengan Majlis Sukan Negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan.
Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik ‘warm blooded human’ dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah.
Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.
1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.
Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti
biasa.
Hikmahnya:
Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi?
Gelas akan retak !!!
Jika tubuh kita, apa yang retak?
Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.
Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena ‘strok’. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.
Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.

No comments