Header Ads

Jom Ke Rusia,Tony Sediakan Tiket Percuma Saksi Piala Dunia 2018

Jom Ke Rusia,Tony Sediakan Tiket Percuma Saksi Piala Dunia 2018

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes membuat kejutan apabila menawarkan tiket pergi balik ke Rusia bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia pada Ahad ini.

Menerusi laman Instagramnya, Tony memuat naik gambarnya memegang dua tiket ke Moscow.

“Siapa yang mahu pergi menonton final Piala Dunia Ahad ini dengan tiket pergi balik dari KL dan penginapan di Rusia.

“Hanya sebutkan siapa anda sokong dan kenapa anda perlu dipilih untuk ke sana dalam 15 patah perkataan. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook saya,” tulisnya.

Perlawanan akhir bakal berlangsung pukul 11 malam pada Ahad ini.

Perlawanan akhir bakal menyaksikan Perancis bertemu sama ada England atau Croatia yang beraksi awal pagi esok

No comments