Header Ads

Baru 18 Tahun,Lihat Perkahwinan Mewah Anak Billionaire Rusia Ini Yang WOW!!

Baru 18 Tahun,Lihat Perkahwinan Mewah Anak Billionaire Rusia Ini Yang WOW!!
Ketika usia 18 tahun, penulis baru miliki smartphone sendiri, inikan pula nak memikirkan soal jodoh. Tapi budak zaman sekarang, memang hebat!
Gadis muda 18 tahun, Irina Chigirinskaya memilih berumah tangga dengan lelaki pilihannya Moris Mirelli yang baru 23 tahun di sebuah kelab golf yang dimiliki oleh seorang teman Presiden Donald Trump. 

Mendapat liputan pelbagai media antarabangsa, perkahwinan yang dihadiri oleh 1,500 tetamu itu bukan calang-calang hebatnya bahkan terlalu mewah sehingga mencecah jutaan ringgit.




Foto – @ira_chigirinskaya

Dilaporkan, Irina merupakan anak perempuan billionaire pembinaan Alexander Chigirinsky, kawan kepada pemilik Chelsea FC Roman Abramovich manakala Moris adalah anak bekas timbalan gabenor di Rusia.




Foto – @ira_chigirinskaya

Keseluruhan perkahwinan dianggarkan sekitar $1.6 juta, lebih dari RM6 juta lebih. Wedding dressIrina direka oleh pereka Zuhair Murad, kos anggarannya pula antara $219,000, lebih RM800 ribu.




Foto – @ira_chigirinskaya

Foto – @ira_chigirinskaya

Terdahulu, gadis muda ini pernah menyifatkan penerbangan menaiki persawat komersil sangat “menyeramkan” dan mendapat jam tangan Rolex ketika di usia 10 tahun merupakan perkara biasa dalam hidupnya.


Foto – @ira_chigirinskaya

Menjelaskan ‘kengerian’ menaiki pesawat biasa, “Saya memasuki pesawat dan melihat ramai orang. Saya bertanya kepada pramugara, mereka semua akan terbang bersama?”
Bila dari kecil dah kaya, macam inilah lagaknya. Cuba bayangkan kemewahannya ditarik, bagaimana si Irina ini akan react? Hurmmm…
RUJUKAN: & 2

No comments